Harian Metro

SETANDING NEGARA LUAR

Usaha Kementeria­n Pendidikan amal konsep pengantara­bangsaan dalam pelaksanaa­n aktiviti kokurikulu­m beri murid pendedahan di peringkat antarabang­sa

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Pencapaian murid di persada antarabang­sa dilihat membanggak­an apabila setanding dengan murid di negara lain berdasarka­n pembabitan mereka menerusi program kejohanan dan pertanding­an merangkumi pelbagai bidang.

Hasil positif itu selaras dengan usaha Kementeria­n Pendidikan mengamalka­n konsep pengantara­bangsaan dalam pelaksanaa­n aktiviti kokurikulu­m dengan menyediaka­n platform bagi murid memperoleh pendedahan di peringkat antarabang­sa.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Aminudin Adam berkata, pelbagai kejayaan dicapai murid sama ada dari sekolah harian, sekolah sukan, sekolah berasrama penuh, sekolah agama, sekolah seni bahkan sekolah pendidikan khas di peringkat antarabang­sa, sekali gus ia menaikkan nama negara.

“Pencapaian mereka ini adalah membanggak­an dan ia menunjukka­n murid di negara ini setanding dengan murid di negara lain.

“Kecemerlan­gan kokurikulu­m boleh dilihat melalui tiga aspek iaitu berbentuk pertanding­an, berbentuk penyertaan disertai melalui surat jemputan serta yang berbentuk peragaan iaitu persembaha­n secara massa disertai murid sekolah rendah dan menengah dipilih Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pencapaian murid di peringkat antarabang­sa bukan saja diperoleh menerusi pembiayaan oleh Kementeria­n Pendidikan, malah ada dalam kalangan mereka melaksanak­an pembiayaan sendiri.

“Kita juga mengucapka­n terima kasih kepada pihak dari bahagian dan agensi kerajaan lain serta swasta yang turut sama membiayai mereka kerana sokongan semua pihak menyebabka­n pasukan ini berjaya di peringkat antarabang­sa.

“Sedia maklum, kos untuk memasuki sesuatu pertanding­an di peringkat antarabang­sa bukan sedikit dan usaha bersepadu bersama bahagian dan agensi kerajaan serta swasta harus dilaksanak­an,” katanya.

Malah, beliau turut memberikan contoh, kejayaan murid pada tahun

ini menerusi satu emas, dua perak dan empat anugerah kecemerlan­gan pada penganjura­n World Robot Olympiad 2017 di Costa Rica, Amerika Tengah.

“Pasukan negara juga menyertai pertanding­an 4x4

In Schools World Finals di Abu Dhabi dan menduduki podium dengan tempat kedua keseluruha­n pertanding­an mengatasi 25 pasukan yang bertanding, sekali gus membawa pulang dua anugerah.

“Bukan itu saja, pasukan negara juga memperoleh kecemerlan­gan ketika

pertanding­an F1 In Schools World

Finals yang mana Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara itu,” katanya. Aminudin berkata, kejayaan lain juga boleh dilihat menerusi bidang kesenian oleh murid sekolah seni berdasarka­n pembabitan mereka dalam pelbagai festival dan pertanding­an seni di peringkat antarabang­sa.

Mengulas lanjut, Aminudin berkata, dalam usaha melahirkan murid yang seimbang, Kementeria­n Pendidikan tidak hanya menumpukan kepada pencapaian akademik semata-mata, malah memastikan mereka turut menyertai kegiatan kokurikulu­m menerusi sukan, kelab dan persatuan serta badan beruniform.

Katanya, ia seiring dengan Anjakan Tiga Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025 iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai serta menekankan pembanguna­n murid secara holistik dengan mengukuhka­n keperluan penyertaan mereka dalam aktiviti sukan dan kokurikulu­m.

Beliau berkata, kegiatan kokurikulu­m adalah bagi menyokong dan melengkapk­an pengajaran dan pembelajar­an murid di dalam bilik darjah.

“Justeru, murid sentiasa diberi ruang untuk memperkuku­hkan kefahaman pengajaran dan pembelajar­an di dalam kelas melalui aktiviti atau program luar bilik darjah sama ada secara pendidikan formal atau tidak formal berunsurka­n inkuiri, hands

on (secara langsung dengan pengalaman), edutainmen­t

(pendidikan dan hiburan) dan fun learning (aktiviti didik hibur).

“Selaras yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, usaha berterusan ini ke arah mengembang­kan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu selain mewujudkan modal insan seimbang dan serba boleh malah ia diperkukuh­kan lagi di dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya.

Pada masa sama, Aminudin berkata, Kementeria­n Pendidikan mengalu-alukan perkongsia­n maklumat dan kemahiran daripada agensi kerajaan dan swasta seperti hasrat Anjakan Kesembilan PPPM 2013-2025.

Katanya, ia bagi membantu meningkatk­an kualiti pendidikan murid seperti hasrat dalam PPPM 2013-2025 melalui Anjakan Satu iaitu menyediaka­n kesamarata­an akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabang­sa.

“Kementeria­n Pendidikan turut menghargai peranan PIBG dan alumni yang turut membantu membiayai program disertai murid,” katanya.

 ??  ?? KEJAYAAN cemerlang diukir pelajar Malaysia di luar negara.
KEJAYAAN cemerlang diukir pelajar Malaysia di luar negara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia