Harian Metro

DOA BAIK-BAIK SAJA

Kenyataan ciri-ciri wanita idaman Zoey bukan dituju kepada Siti Nordiana seorang

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, 31, mengakui memang dia pernah mengeluark­an kenyataan mengenai penyanyi popular, Siti Nordiana Alias atau Nana, 32, yang disifatkan­nya memiliki ciri-ciri wanita idaman.

Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, apapun dia bercerita perkara itu secara umum menjurus pada kriteria seorang wanita yang menjadi idaman lelaki untuk dijadikan isteri.

“Sebagai lelaki, memang akan mencari wanita yang memiliki sikap lemah lembut, penyayang, sopan santun dan bertanggun­gjawab pada keluarga untuk dipilih sebagai teman hidup.

“Kalau dilihat pada peribadi Nana, memang dia memiliki semua kriteria itu. Cuma, kenyataan saya tidaklah dituju pada Nana seorang tetapi secara umum buat wanita lain juga,” katanya kepada Metro Ahad.

Pelakon yang popular dengan drama Mat Rukun di TV9 ini memberitah­u dia sekadar berkongsi pendapatny­a yang sering ditanya mengenai jodoh dan ciri-ciri wanita idaman.

Apatah lagi, baru-baru ini kisah Zoey dan Nana menjadi tular di media sosial apabila mereka mengerjaka­n umrah bersama di Tanah Suci pada 6 Disember lalu.

Menurut Zoey, dia sentiasa bersikap terbuka apabila ditanya soal jodoh. Namun, katanya dia tidak berniat langsung untuk mencanangn­ya.

“Saya tahu setiap peminat ada pendapat dan pandangan mereka terhadap seseorang selebriti diminati. Begitu juga, pendapat mereka pada saya dan Nana.

“Apapun macam yang pernah Nana beritahu sebelum ini, kami adalah kawan baik. Jika sudah sampai seru jodoh, kami juga tidak akan berahsia.

“Saya harap peminat faham dan terima kasih juga pada mereka (peminat) yang mendoakan baik-baik buat kami berdua,” katanya.

Zoey berkata, dia banyak berkongsi pengalaman dengan Nana sepanjang mereka mengerjaka­n umrah kerana Nana baru kali pertama menjadi tetamu Allah

SWT.

 ??  ?? ZOEY
ZOEY
 ??  ?? NANA
NANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia