Harian Metro

SELESA DENGAN ‘ANAK EMAK’

Ayda Jebat akui senang dengan sikap, karakter Redza Rosli

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat, 25, mengakui dia kini selesa berkawan rapat dengan pelakon Redza Rosli, 25.

Ayda atau Nur Suhada Jebat berkata, dia yang tidak mempunyai ramai kawan rapat dalam kalangan selebriti ternyata sangat menyenangi Redza.

“Saya selesa bersahabat baik dengan Redza kerana sangat menyenangi sikap dan karakter dirinya.

“Redza yang saya kenal adalah anak emak. Dia (Redza) seorang yang memahami, baik, boleh dibawa berbincang, manja, penyayang dan bersikap melindungi.

“Terus-terang, saya memang suka dan selesa berkawan rapat dengan lelaki yang dilabel ‘anak emak’ ini,” katanya.

Pun begitu, Ayda berkata istilah selesa berkawan rapat jangan pula disalah erti dengan mudah oleh peminat hingga menganggap dia dan Redza kini bercinta.

“Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu dikaitkan dengan percintaan atau soal peribadi. Ini kerana ia boleh mengganggu fokus pada karier saya.

“Jujur diakui, saya lebih suka peminat menerima dan menyokong saya mahu pun Redza kerana bakat seni kami dalam karier yang diceburi ini.

“Itu lebih baik dan sangat positif berbanding kalau asyik berkongsi kisah peribadi. Saya mahu bakat serta karier yang berada di hadapan untuk jadi perhatian peminat dan bukannya soal cinta. Ia tidak adil,” ujarnya.

Hubungan rapat Ayda dan Redza mula hangat menjadi buah mulut peminat selepas mereka berlakon bersama dalam drama Ku Kirim Cinta di slot Akasia TV3 pada Mei lalu.

Malah, Redza juga dikatakan sering muncul bersama Ayda pada acara hiburan yang membabitka­n gadis ini kerana mahu memberi sokongan.

Yang pasti kebanyakan peminat tegar Ayda dan Redza sangat menyokong serta menerima baik persahabat­an rapat itu dengan hati terbuka.

 ??  ?? AYDA
REDZA
AYDA REDZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia