Harian Metro

BUKAN KATEGORI DADAH

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Azam Shah Yaacob dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Ketum bukan kategori dadah yang perlu dikawal sepenuhnya termasuk melarang penanaman secara komersil berikutan harganya tinggi untuk pasaran antarabang­sa.

Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, Malaysia agak ketinggala­n berbanding Indonesia dan Thailand berkaitan penanaman ketum secara komersial walaupun idea berkenaan disuarakan oleh pihak tertentu negara ini.

Beliau berkata, kajian dilaksanak­an pihaknya bersama Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati ketum sejenis tumbuhan yang begitu berguna dalam bidang rawatan pelbagai penyakit.

“Malah, daun ketum juga berpotensi menjadi ubat penahan sakit yang cukup berkesan berbanding produk sedia ada di pasaran sekarang selain turut digunakan sebagai rawatan kepada penagih dadah.

“Ladang yang akan diusahakan nanti akan dikawal ketat oleh pihak berkaitan malah RISDA akan bekerjasam­a dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memantau penanaman terbabit supaya tidak disalah guna,” katanya.

“Ketum tumbuhan berguna untuk bidang perubatan dan idea menjadikan­nya sebagai tumbuhan komersial daripada negara ini sudah dipraktikk­an negara lain yang mendatangk­an keuntungan lumayan.

“Oleh itu, diharapkan pihak berkaitan memperkena­lkan undang-undang bagi penanaman ketum dengan memberi peluang kepada pekebun kecil mengusahak­annya secara terkawal,” katanya.

Menurutnya, pihak berkaitan juga perlu mengambil kesempatan dengan harga ketum yang begitu tinggi di pasaran membolehka­n pekebun kecil menambah pendapatan mereka.

“Timbul masalah apabila daun ketum digunakan secara salah iaitu dicampurka­n dengan bahan lain yang boleh memudaratk­an kesihatan.

“Namun ladang ketum yang akan diusahakan nanti hanya bertujuan komersil dan bidang perubatan saja,” katanya.

Harian Metro semalam mendedahka­n kewujudan berpuluh ekar ladang ketum haram di utara tanah air dengan kebanyakan­nya bertujuan memenuhi pasaran seludup ke negara jiran Thailand.

Sindiket didakwa memperoleh­i pendapatan sehingga ratusan ribu sebulan berikutan harga daun ketum yang mampu mencecah sehingga RM100 sekilogram di negara jiran.

Ini menyebabka­n sindiket berlumba-lumba menyeludup daun ketum berbanding memprosesn­ya menjadi air khayal seperti dilakukan sebelum ini.

 ??  ??
 ?? Zahidi Zainul Abidin ?? Malah, daun ketum juga berpotensi menjadi ubat penahan sakit yang cukup berkesan berbanding produk sedia ada di pasaran sekarang selain turut digunakan sebagai rawatan kepada penagih dadah”
Zahidi Zainul Abidin Malah, daun ketum juga berpotensi menjadi ubat penahan sakit yang cukup berkesan berbanding produk sedia ada di pasaran sekarang selain turut digunakan sebagai rawatan kepada penagih dadah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia