Harian Metro

JOM ROTI CANAI

- Salman Hamat dan Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

Perjuangan hampir 20 tahun

Amir Hamzah Omar, 36, mengangkat roti canai sebagai makanan dunia sampai ke kemuncak apabila dia bersama rakan kongsinya kini dalam proses akhir membuka restoran sendiri di Sydney, Australia.

Katanya, jika semua perancanga­n berjalan lancar, Restoran Jom Roti yang menyediaka­n roti canai dan teh tarik sebagai menu utama mula beroperasi Mac depan.

Malah, kedua-dua anak Malaysia itu merancang membuka empat lagi cawangan restoran sama di bandar utama di Australia dalam tempoh tiga tahun.

Bapa kepada empat anak itu yang popular dengan kemahirann­ya menyediaka­n roti canai ‘terbang’ berkata, menjadi impiannya mengangkat roti canai sebagai makanan antarabang­sa sama seperti piza dari Itali atau hidangan sushi di Jepun.

Katanya, sebelum ini, dia kerap diundang membuat persembaha­n roti canai terbang di seluruh dunia terutama di Australia sebelum mengambil keputusan membuka restoran pertama di negara terbabit selepas berbincang dengan rakan kongsinya, Zi Hao Chew, 36.

“Kalau setakat buat persembaha­n, ia ‘mati’ begitu saja selepas program selesai.

“Jadi, saya bersama Hao Chew ambil inisiatif buka restoran supaya masyarakat dunia tahu apa itu roti canai dan teh tarik.

“Selain menikmati hidangan popular Malaysia itu, pelanggan boleh menyaksika­n kemahiran saya menyediaka­n roti canai terbang. Semua itu usaha kami untuk menjenamak­an roti canai.

“Saya bercadang melatih lebih ramai penebar yang boleh menyediaka­n roti canai terbang. Pembukaan restoran itu nanti memberikan kepuasan pada diri saya,” katanya.

Dia ditemui pada pelancaran Restoran Jom Roti di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, semalam, yang disempurna­kan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Anak kelahiran Melaka itu berkata, roti canai juga diiktiraf sebagai makanan popular dunia termasuk di Chennai, India yang dikatakan negara asal makanan itu.

Sementara itu, Hao Chew berkata, dia menggunaka­n pengalaman 16 tahun dalam bidang pengurusan makanan untuk bersama-sama membantu Amir mempopular­kan roti canai.

“Niat saya untuk bersama-sama memperkena­lkan roti canai sebagai makanan berasal dari Malaysia, jadi kami tidak kisah membelanja­kan sehingga RM13 juta

Super Roti Man Malaysia bersama rakan kongsi labur RM13 juta buka restoran di Australia

untuk semua ini.

“Buat permulaan, kami sediakan 10 menu berasaskan roti canai selain menawarkan hidangan Asia untuk mempelbaga­ikan lagi hidangan mengikut cita rasa pelanggan yang berbeza-beza,” katanya.

Menurutnya, mereka menggunaka­n jenama Jom Roti kerana mahu mengekalka­n identiti Malaysia walaupun sedar majoriti penduduk di Australia bertutur dalam bahasa Inggeris.

 ?? Hao Chew ?? AMIR menebar roti canai terbang pada majlis pelancaran Restoran Jom Roti, s emalam. Niat saya untuk bersama-sama memperkena­lkan roti canai sebagai makanan berasal dari Malaysia, jadi kami tidak kisah membelanja­kan sehingga RM13 juta untuk semua ini”
Hao Chew AMIR menebar roti canai terbang pada majlis pelancaran Restoran Jom Roti, s emalam. Niat saya untuk bersama-sama memperkena­lkan roti canai sebagai makanan berasal dari Malaysia, jadi kami tidak kisah membelanja­kan sehingga RM13 juta untuk semua ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia