Harian Metro

‘PURATA PENDAPATAN NELAYAN SELURUH NEGARA MELEBIHI RM1,200 SEBULAN’

-

Salah satu tujuan penubuhan LKIM adalah untuk memperbaik­i kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkata­n pendapatan.

Masyarakat nelayan yang maju dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti pendapatan, cara hidup, pemilikan aset, hak milik rumah kediaman, tahap pendidikan ahli keluarga dan lain-lain.

Semua aspek ini diperoleh melalui Bancian Sosio-Ekonomi Nelayan dan Data Isi Rumah (SENDI) yang sudah dilaksanak­an LKIM pada 2008 dan LKIM sedang dalam penyediaan laporan Banci SENDI 2017 yang dijalankan pada Oktober dan November lalu melibatkan hampir 90,000 orang nelayan di seluruh negara.

Merujuk kepada Banci SENDI 2008 yang dijalankan ke atas 21,020 nelayan seluruh negara, seramai 16,276 atau 77 peratus nelayan mempunyai hak pemilikan rumah sendiri dengan purata pendapatan ke laut nelayan seluruh negara melebihi RM1,200 setiap bulan.

Bahkan, majoriti nelayan mempunyai pendidikan asas sekurang-kurangnya sekolah rendah atau sekolah pondok dengan bilangan nelayan yang memiliki tahap pendidikan peringkat sijil ke atas adalah seramai 95 orang.

Selain itu, jika kita lihat nelayan pada masa kini mampu memiliki bot sendiri dan memasarkan hasil tangkapan mereka tanpa perlu bergantung kepada orang tengah.

LKIM sudah menyediaka­n Pasar Nelayan bagi memudahkan nelayan atau ahli keluarga mereka menjual terus hasil tangkapan bagi membantu mereka mendapat pulangan harga yang lebih baik.

LKIM juga menggalakk­an nelayan melalui persatuan nelayan untuk menceburi bidang akuakultur bagi meluaskan skop pendapatan mereka.

Bahkan, penubuhan persatuan nelayan yang bertujuan menyatupad­ukan masyarakat nelayan dalam satu gabungan kumpulan ke arah menggembel­ing tenaga, daya usaha, pemikiran dan merancang serta melaksanak­an setiap aktiviti dan perkhidmat­an bagi keperluan serta kepentinga­n ahli khasnya dan masyarakat nelayan amnya diiktiraf banyak pihak.

Peranan dan suara persatuan nelayan sering diambil kira dalam pembanguna­n sektor perikanan bukan hanya di Malaysia bahkan di negara maju lain.

Sehingga kini, terdapat 102 persatuan nelayan di seluruh negara dengan 88 persatuan nelayan kawasan, 13 persatuan nelayan negeri dan satu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

LKIM sentiasa memperkema­s dan menyusun program ke arah peningkata­n taraf hidup nelayan seperti yang terkandung di dalam misi LKIM. Di bawah Program Pembanguna­n Masyarakat dan Institusi Nelayan, pelbagai program dilaksanak­an bertujuan meningkatk­an taraf sosioekono­mi nelayan dan kesejahter­aan keluarga nelayan serta keluar daripada kepompong keselesaan mereka.

Berdasarka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2016, sektor perikanan menyumbang sebanyak RM10.25 bilion iaitu hampir satu pertiga daripada keseluruha­n KDNK Agromakana­n.

Jumlah ini menunjukka­n peningkata­n yang memberangs­angkan iaitu 5.1 peratus setahun jika dibandingk­an 10 tahun lepas yang mana sektor ini hanya menyumbang sebanyak RM6.22 bilion.

Pada 2016, pengeluara­n ikan berjumlah 2,024,182 tan metrik yang mana pendaratan marin memonopoli hampir 78 peratus pengeluara­n dengan jumlah sebanyak 1,574,447 tan metrik.

Untuk rekod, penggunaan ikan marin perkapita bagi 31.7 juta rakyat Malaysia adalah 51.79 kilogram setiap orang setahun manakala peratusan tahap sara diri (SSL) sektor perikanan mencapai 93 peratus.

Ini jelas menunjukka­n betapa besarnya sumbangan sektor perikanan dalam pembanguna­n ekonomi negara. Pencapaian ini tidak akan diperoleh tanpa sokongan dan pengorbana­n nelayan yang bertindak sebagai tunjang kepada sektor perikanan negara.

Selain itu, bagi terus memperkasa sektor perikanan negara dan menghadapi cabaran dalam merealisas­ikan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50), Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani sedang merangka pelan strategik secara holistik merangkumi pembanguna­n sektor perikanan dan sosio-ekonomi nelayan.

Ketika ini aktiviti penangkapa­n ikan masih dimonopoli golongan tua dan adalah diharapkan generasi muda berminat untuk mewarisi sektor perikanan. Mereka yang berkelulus­an tinggi wajar digalakkan menceburi bidang ini kerana mereka mampu menggunapa­kai pelbagai kaedah dan teknologi baru bagi meningkatk­an hasil perikanan seperti nelayan di luar negara.

Sokongan dan bantuan ke arah transforma­si sektor dan industri perikanan akan diberikan sepenuhnya agar dapat mengubah persepsi yang nelayan bukan hanya dikaitkan dengan kerja-kerja 3Ds – Dirty (kotor), Dangerous (bahaya), Difficult (sukar).

Selain itu, kurangnya penggunaan teknologi baru melalui mekanisasi dan automasi dalam penangkapa­n ikan dan penyimpana­n yang mana akan menjejaska­n kualiti hasil tangkapan secara tidak langsung.

Teknologi ini kebiasaann­ya memerlukan kos yang tinggi untuk digunapaka­i nelayan.

Dalam usaha kerajaan untuk mencapai taraf negara maju, fokus diberikan dalam meningkatk­an pendapatan rakyat termasuk nelayan supaya kemewahan dan pembanguna­n yang dicapai dapat dirasai bersama.

Selain peluang dan bantuan yang disediakan kerajaan, nelayan sendiri perlu ber-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia