Harian Metro

SALAH GUNA KUASA

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Trump perlu tarik balik pengisytih­aran selepas 128 negara bantah usul

Demokrasi ujian besar buat Amerika Syarikat (AS) selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi menolak hasrat negara besar itu menjadikan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Profesor Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamaduna­n Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Zaid Ahmad berkata, kalau selama ini AS sebagai kuasa besar mendakwa pejuang demokrasi dan mahu semua orang patuh kepada kehendak majoriti, selepas pembatalan itu, demokrasi adalah ujian besar mereka.

“Ini bukan kali pertama AS menggunaka­n kuasa vetonya tetapi kali pertama banyak negara yang menolak keputusan yang dibuatnya.

“Ini jelas menunjukka­n sikap sebenar negara ‘Uncle Sam’ itu dan jika prinsip demokrasi digunakan keputusann­ya mengisytih­ar Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel

mesti ditarik balik,” katanya.

Menurutnya, jika AS masih berkeras dengan keputusann­ya walaupun dibantah 128 negara, mereka tidak layak lagi bercakap mengenai demokrasi.

“Dengan ugutan yang dikeluarka­n, ia juga secara tidak langsung menunjukka­n AS di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump menyalahgu­na kuasa.

“Penggunaan kuasa veto juga menunjukka­n tidak ada demokrasi dan kuasa veto itu sepatutnya sudah tidak wujud lagi,” katanya.

Tindakan AS mahu mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel itu semacam mencurah garam di atas luka yang sudah ada kerana Islam terutama rakyat Palestin sudah terluka dengan Israel.

“Apabila menyentuh soal keganasan, tiada istilah pengganas yang berlaku di Palestin. Kalau satu bangsa itu ditindas, pastinya mereka akan melawan dan itu yang terjadi di Palestin.

“Mereka bukan pengganas tetapi bangkit menentang untuk mempertaha­nkan hak mereka. Mereka tidak boleh disifatkan pengganas. Mereka sudah melalui banyak penderitaa­n dan melihat sendiri pembunuhan ibu, ayah, anak dan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkina­n yang berlaku selepas penolakan keputusan negara kuasa besar itu, kata Zaid, dunia akan berdepan dengan konflik kerana pemimpin dunia sendiri tidak mahu menyelesai­kannya.

“Walau berbeza agama, bangsa dan negara, manusia di seantero dunia kini mahu hidup aman, tenteram dan damai. Mereka tidak memilih konflik.

“Tetapi kalau ada golongan ingin mendominas­i orang lain, maka konflik tidak dapat dielakkan seperti mana yang Israel lakukan terhadap Palestin,” katanya.

Keputusan 128 negara menolak keputusan AS itu bagaikan galakan moral atau pemangkin semangat kepada rakyat Palestin khususnya.

“Sokongan yang diperoleh itu sudah cukup menunjukka­n rakyat Palestin tidak bersendiri­an dan mereka mendapat sokongan padu dari majoriti dunia.

“Negara yang menyokong keputusan AS serta bersikap berkecuali pula akan menjadi golongan terpinggir dan sudah pasti memberi masalah besar kepada rakyatnya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaa­n himpunan solidariti pada setiap minggu ketiga setiap bulan, kata Zaid ia adalah langkah yang terbaik untuk terus memberi sokongan kepada Palestin dan Baitulmaqd­is.

Katanya, perhimpuna­n yang dilakukan Jumaat lalu memperliha­tkan seluruh dunia baik Islam dan bukan Islam turut sama menyokong atas nama kemanusiaa­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia