Harian Metro

SEMPAT MANDI BAPA

- Mohamad Fahd Rahmat dan Essa Abu Yamin am@hmetro.com.my

Dua remaja bermotor maut dirempuh kereta

“Adik sempat memandikan bapa yang terlantar akibat strok sebelum dia keluar bersama rakannya dan itu kali terakhir kami sekeluarga melihatnya sebelum dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” kata Normaida Sabari, 26.

Normaida adalah kakak kepada Muhammad Shah Aidil, 16, seorang daripada dua remaja yang maut dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Parit Botak di sini, jam 7.30 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal bersendiri­an ditemani rakannya, Raazi Mohamad, 20, yang menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan dari Parit Botak ke Parit Raja.

Bagaimanap­un, apabila tiba di lokasi, Raazi dikatakan memasuki laluan bertentang­an menyebabka­n pemandu kereta Proton Iswara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kedua-dua motosikal remaja berkenaan mengakibat­kan mereka maut di tempat kejadian.

Normaida berkata, arwah seorang penyayang dan bertanggun­gjawab kepada keluarga selain membantu ibunya, Sarmah Sabran, 56, menguruska­n bapa mereka Sabari Abdul Jalal, 64, setiap hari.

“Arwah adik yang dipanggil Aidil dalam kalangan ahli keluarga juga seorang periang dan pada hari kejadian, dia sempat bermanja-manja dengan anak saya serta anak buah lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang­i Raazi masuk ke laluan bertentang­an lalu bertembung dengan sebuah kereta. ketika ditemui kali terakhir, Khamis lalu.

“Memang terkejut, tetapi saya reda dengan pemergian arwah,” katanya.

Sementara itu, sepupu kepada Mohammad Shahrul Affandi, Fatmawati Mamat, 31, berkata, arwah baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Pendawaian Elektrik di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tembila, Besut, Khamis lalu.

Jenazah dua sahabat itu dikebumika­n dalam satu liang lahad dengan hampir 100 ahli keluarga dan sahabat hadir ke majlis pengebumia­n itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superinten­dan Zulkifli Mat Deris berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang datang dari arah Kuala Terengganu secara tiba-tiba dilanggar dua motosikal yang keluar dari simpang ketika tiba di tempat kejadian.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI kemalangan maut di Kilometer 2, Jalan Parit Botak.
LOKASI kemalangan maut di Kilometer 2, Jalan Parit Botak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia