Harian Metro

‘SAYA MINTA MAAF’

- Nurul Fatihah Sulaini am@hmetro.com.my

Mesej dihantar seorang remaja sebelum maut bersama rakan

“Arwah sempat hantar WhatsApp minta maaf dalam (kumpulan) kawan sekampung sebelum nahas,” kata Nik Man Mat Yasin, 41, sepupu Mat Shaidiey Nik Mat, 23, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 68, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Kampung Saujana di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 9.15 malam, Mat Shaidiey yang bekerja sebagai tukang kebun bersama rakannya, Mohammad Shahrul Affandi Abdullah, 21, maut di tempat kejadian selepas motosikal Honda Dash ditunggang mereka berlanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila mereka dikatakan mahu keluar dari simpang empat di kampung berkenaan tanpa menyedari melalui jalan utama kerana lokasi kejadian gelap sebelum berlanggar dengan Perodua Alza yang datang dari arah Kuala Terengganu.

Nik Man berkata, mesej itu dihantar arwah sepupunya jam 7.15 malam hari yang sama.

“Ketika arwah menghantar mesej meminta maaf kepada semua ahli yang ada, kami ingatkan arwah sekadar bergurau dan tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalk­an kami

“Ada antara kami yang balas mesej itu dengan membuat lawak dan arwah membalas kembali dengan mesej ceria,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol di sini, semalam.

Bapa kepada Mat Shaidiey, Nik Mat Nik Ismail, 52, berkata, anak keempat daripada tujuh-beradik itu tidak menunjukka­n sebarang perubahan

 ??  ?? MAT Shaidiey MOHAMMAD Shahrul Affandi
AHLI keluarga menyiram kubur Mat Shaidiey dan Mohammad Shahrul Affandi yang dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol.
MAT Shaidiey MOHAMMAD Shahrul Affandi AHLI keluarga menyiram kubur Mat Shaidiey dan Mohammad Shahrul Affandi yang dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia