Harian Metro

REZEKI KEMBAR

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Dua beradik bakal guru terpilih terima Anugerah Sarjana Terengganu 2017

Pasangan kembar seiras yang tidak pernah terpisah sejak kecil bukan saja mencapai cita-cita bergelar guru seperti bapa mereka, malah turut membanggak­an keluarga apabila menerima Anugerah Sarjana Terengganu 2017.

Faten Syafika dan Faten Fazrin Mohd Sharin, 26, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) antara 200 anak Terengganu yang diraikan selepas mendapat keputusan kepujian kelas pertama pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Sarjana Terengganu 2017 Yayasan Terengganu (YT) di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n disempurna­kan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Faten Syafika yang mesra disapa Syafika berkata, dia bersama adik kembarnya bercita-cita menjadi pendidik kerana ingin mengikut jejak bapa mereka, Mohd Sharin Abd Rahman, 68.

“Alhamdulil­lah, selepas bertungkus-lumus selama empat tahun, kami menamatkan pengajian pada Januari lalu dan sepanjang berada di sana, kami sentiasa memberi sokongan dan membantu antara satu sama lain.

“Ia kelebihan kepada kami kerana dapat bersama memandangk­an keluarga jauh dan kami gembira apabila membanggak­an keluarga sehingga dipilih penerima anugerah ini.

“Ketika ini, kami menunggu arahan penempatan sebagai guru. Mungkin kali ini, kami berpisah,” kata anak kelima daripada enam beradik itu.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamata­n Rangkaian), Kolej Universiti TATI Kemaman Muhammad Syimir Abd Halim, 25, berkata, dia belajar bersungguh-sungguh kerana mahu membalas jasa arwah bapa, Abd Halim Ismail dan ibu, Rafeah Awang, 60.

“Arwah ayah meninggal pada April 2015 ketika saya berada dalam minggu ulangkaji bagi menghadapi peperiksaa­n akhir.

“Memang sedih sebab arwah ayah tidak sempat lihat kejayaan tetapi saya tahu dia gembira dengan saya hari ini.

“Fokus saya kini mahu membahagia­kan ibu dan adik-beradik lain. Mengenai anugerah hari ini, saya bersyukur kerana menjadi anak Terengganu kerana pelbagai bantuan dan insentif diberikan,” katanya.

 ??  ?? FATEN Syafika (kiri) dan Faten Fazrin mahu ikut jejak ayah bergelar guru.
FATEN Syafika (kiri) dan Faten Fazrin mahu ikut jejak ayah bergelar guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia