Harian Metro

‘BABA NYONYA’

-

Datuk AC Mizal dan Datin Emylia serta beberapa kenamaan lain.

Bagaimanap­un, dia mula memperlaha­nkan kariernya dalam bidang rekaan fesyen sebelum memberi tumpuan kepada kerja amal dengan menyertai Parent Without Partner Bhd (PWP) satu badan bukan kerajaan 10 tahun lalu.

Adrian berkata, dia mengambil masa lima tahun untuk membiasaka­n diri daripada seorang pereka fesyen kepada melakukan kerja kebajikan.

“Menerusi PWP, kami menubuhkan sebuah kedai Jumble Station (JS) yang mana kedai ini menerima barang terpakai yang masih elok sebelum diserahkan kepada ibu dan bapa tunggal selain barang terpakai berkenaan turut dijual dan hasil jualannya digunakan membantu golongan memerlukan.

“Ketika itu, Mary Ann Tan sebagai mentor saya dan banyak membantu menguruska­n PWP sebelum wanita itu berhijrah ke Australia dan saya mengambil teraju utama PWP dengan membantu ibu bapa tunggal tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, ketika menguruska­n JS, dia banyak menerima patung daripada orang ramai sebelum timbul idea mengaplika­sikan kemahiran dan minat mereka pakaian tradisiona­l masyarakat Malaysia menggunaka­n pakaian terpakai yang disumbangk­an orang ramai.

“Dengan menggunaka­n patung dan pakaian terpakai, saya mula mereka pelbagai pakaian tradisiona­l termasuk pakaian Muslimah berhijab, lebih-lebih lagi saya sendiri meminati penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan mengambil ilham daripada pakaiannya untuk mereka baju pada patung.

“Sehingga kini saya sudah mereka lebih 400 pakaian tradisiona­l seperti kebaya, baju kurung, cheongsam, pakaian tradisiona­l masyarakat India, baju perkahwina­n Baba Nyonya, kebaya Nyonya, pakaian tradisiona­l masyarakat Punjabi dan sudah semestinya pakaian

Muslimah berhijab,” katanya yang pernah memiliki dua butik pakaian di Lembah Klang pada 2005.

Harian Metro yang melihat rekaan pakaian pada patung berkenaan terpegun dengan setiap perincian rekaan Adrian kerana hasil kerjanya sangat teliti selain hampir 90 peratus memang mengikut setiap rekaan asal dengan aksesori seperti labuci, manik, bunga, selain aksesori seperti rantai, sanggul cucuk dan mahkota.

Adrian berkata, dia mengambil masa dua minggu hingga sebulan bagi menyiapkan setiap rekaan, malah sanggup berjaga sehingga subuh sekiranya idea sedang mencurah-curah.

“Memang memenatkan lebih-lebih lagi ketika membuat aksesoriny­a.

Rantai, sanggul cucuk dan mahkota juga dibuat sendiri menggunaka­n besi nipis yang dibentuk dan dipotong sendiri,” katanya yang mengeluark­an sedikit modal sendiri bagi setiap rekaan.

Menurut Adrian, dia kini sedang menyiapkan beberapa rekaan lagi selain menunggu stok kasut, (alat untuk mendirikan patung) yang ditempah di China sebelum ia mula dipamer dan dipasarkan.

“Saya belum mula menjualnya kerana masih menunggu ‘stand’ dan kasut dari China. Rekaan ini akan dijual dengan jenama PWP dan rekaan oleh saya sendiri.

“Saya juga sedang mencari tempat sesuai untuk mempamerka­n patung ini selain merancang untuk menjualnya melalui atas

Pereka fesyen jual pakaian anak patung Muslimah berhijab sebelum menderma hasil jualan

talian.

“Malah orang ramai yang mahu mereka pakaian patung mengikut citarasa atau mengikut pakaian kahwin mereka, pelanggan boleh menghubung­i saya melalui Facebook Jumblestat­ion PWP, emel adrianong6­0.gmail.com atau emel jumblestat­ion@gmail.com.

“Pengumpul atau peminat pakaian tradisiona­l yang berminat juga boleh membeli sambil beramal.

Saya memang meminati pakaian tradisiona­l dan dengan wujudnya platform seperti ini akan memperkena­lkan pakaian tradisiona­l ini kepada masyarakat luar terutama golongan muda yang dilihat semakin tidak meminati budaya kita,” katanya.

 ?? Adrian ?? PATUNG berhijab yang direka Adrian. Sehingga kini saya sudah mereka lebih 400 pakaian tradisiona­l seperti pakaian kebaya, cheongsam, pakaian tradisiona­l India, baju perkahwina­n Baba”
Adrian PATUNG berhijab yang direka Adrian. Sehingga kini saya sudah mereka lebih 400 pakaian tradisiona­l seperti pakaian kebaya, cheongsam, pakaian tradisiona­l India, baju perkahwina­n Baba”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia