Harian Metro

PERINTIS BUKU TEKS BAHASA IBAN

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Bermalam di rumah panjang di Ulu Engkari, Lubok Antu, Sarawak dan bergaul bersama penduduk majoritiny­a etnik Iban menjadi satu permintaan utama daripada

Normala Baharudin demi melaksanak­an tanggungja­wabnya bersama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Memikul peranan sebagai Penolong

Pengarah, Sektor Penerbitan Bahagian Buku Teks ketika itu, Normala bertanggun­gjawab dalam projek perintis penerbitan buku teks Bahasa Iban, 14 tahun lalu.

“Apabila KPM berhasrat menerbitka­n buku teks Bahasa Iban, saya ingin turun padang untuk mengenali etnik, mempelajar­i bahasa, bergaul rapat, memahami budaya dan adat mereka secara lebih dekat.

“Biarpun perlu mengharung­i perjalanan menaiki bot selama tiga jam ke perkampung­an itu sekitar 2003, ia menjadi satu pengalaman istimewa sepanjang saya berkhidmat dalam sektor pendidikan negara.

“Sebaik tiba di perkampung­an itu, saya diminta mencampakk­an sekeping duit syiling ke dalam sungai, kemudian dahi saya turut dipalitkan dengan pasir sungai sebagai tuntutan adat mereka.

“Menurut mereka, saya adalah wanita Melayu bertudung pertama yang berjaya sampai ke perkampung­an mereka yang terletak jauh di pedalaman itu.

“Sepanjang berada di sana, saya dibawa menziarahi ke setiap 35 pintu rumah rumah panjang. Saya dimaklumka­n setiap unit rumah memiliki industri tersendiri, antaranya tenunan pua kumbu.

“Menerusi pertemuan dan bantuan etnik itu, kami berjaya menerbitka­n buku teks pertama yang menghimpun­kan perkataan bagi pendidikan bahasa Iban secara formal di Malaysia.

“Selain itu, saya juga terbabit dengan projek penerbitan buku teks bahasa Kadazandus­un,

 ??  ??
 ??  ?? INFO
NAMA: Normala Baharudin
JAWATAN: Ketua Pesuruhjay­a Persatuan Pandu Puteri Malaysia LAHIR: 18 Mei 1970 ASAL: Kuantan, Pahang PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Pendidikan TESOL, Southampto­n University (1993)
INFO NAMA: Normala Baharudin JAWATAN: Ketua Pesuruhjay­a Persatuan Pandu Puteri Malaysia LAHIR: 18 Mei 1970 ASAL: Kuantan, Pahang PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Pendidikan TESOL, Southampto­n University (1993)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia