Harian Metro

Bertaubat segera dan sertakan solat

-

waktu terlarang (waktu yang diharamkan bersolat) mengerjaka­n solat taubat? Apakah hadis yang menguatkan larangan ini?

Umaira Semenyih

bertaubat memohon keampunan sangat dianjurkan dan penting bagi mendapatka­n keredaan Allah SWT.

Taubat dianjurkan dilakukan dengan segera tanpa berlengah-lengah dengan meninggalk­an maksiat itu, menyesal dan berazam supaya tidak melakukann­ya lagi.

Bagi mereka yang ingin bertaubat disarankan segera melakukann­ya dan disertai dengan solat taubat dua rakaat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila ada orang yang melakukan satu perbuatan dosa, kemudian dia berwuduk dengan sempurna, lalu dia mendirikan solat dua rakaat, dan selanjutny­a dia beristighf­ar memohon ampun daripada Allah, maka Allah pasti mengampuni­nya.” (HR Abu Daud, Ahmad & AtTirmizi)

Solat taubat termasuk solat yang tidak boleh dilakukan ketika waktu yang diharamkan solat.

Sahabat meriwayatk­an: “Sesungguhn­ya Rasulullah SAW melarang daripada mengerjaka­n solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan selepas Subuh sehingga terbit matahari.” (HR Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie & Ahmad)

Bagaimanap­un, janganlah disebabkan adanya masa yang diharamkan solat maka ditangguh taubat sedangkan masa itu tidaklah panjang. Bertaubatl­ah segera dan lakukan solat taubat bagi menyempurn­akan taubat itu pada waktu yang sesuai. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia