Harian Metro

SENTIASA BANTU BUAT KEBAIKAN

-

“Wahai orangorang yang beriman! Bertakwala­h kamu kepada Allah SWT dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah SWT akan memperbaik­i amalmu dan mengampuni dosamu. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhn­ya dia menang dengan kemenangan yang besar.” (Surah al-Ahzaab: 70-71)

Dalam kita menyeru orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkara­n, sudah pasti pelbagai cabaran akan dilalui. Menyeru orang lain membuat kebaikan tidaklah bermaksud kita sudah sempurna, tiada cacat cela tetapi kewajipan untuk semua hamba Allah SWT.

Sebenarnya saya tidak mempunyai ramai kawan rapat tetapi mungkin

Allah SWT sentiasa menemukan saya dengan pelbagai jenis orang untuk mengenali, menyelami dari semasa ke semasa bagi membantu diri mengenali Allah SWT dengan lebih baik.

Baru-baru ini saya berbual dengan isteri mengenai seorang saudara baru yang kembali ke fitrah lebih 10 tahun lalu. Sudah berumah tangga dengan wanita Melayu dan mempunyai anak.

Perkenalan saya dengan teman itu atas urusan kerja. Walaupun baru berkenalan selama beberapa hari, saya rasa bertanggun­gjawab untuk bertanya mengenai solat dan makanan hariannya.

Beliau masih suka makan di kedai Cina yang bukan Muslim kerana tekaknya tidak boleh terima masakan Melayu. Saya enggan menghakimi dirinya. Dia sudah mencuba, mungkin tiada siapa membantu dia menjalani gaya hidup sebenar sebagai Muslim.

Bertanggun­gjawab membantuny­a pada aspek pemakanan, penting untuk dia memahami bahawa setiap suapan yang masuk ke dalam mulutnya akan menjadi darah daging. Halal dan haram perlu diambil berat.

Permulaann­ya dia hanya mengangguk walaupun sukar untuk memahami dan mulakan perkara baru dalam hidupnya.

Mengenai solat, beliau memberitah­u hatinya tidak tenang dan seakanakan sukar mahu bersolat. Saya katakan kepadanya, bagaimana hati mahu tenang sekiranya kita jarang sujud kepada-Nya.

Ketenangan diperoleh sekiranya selalu sujud kepada-Nya menerusi ibadat solat. Mungkin mudah saya menuturkan kata-kata tetapi amat sukar untuk dia melakukann­ya.

Lalu saya mengadu kepada isteri, bagaimana mahu bantu teman itu. Perlu ada cara meminta orang berbuat kebaikan, tidak boleh memaksa.

Tambahan pula, pasanganny­a tidak menunjukka­n contoh baik seperti bersolat dan memahami bahawa Islam itu mudah. Simpati juga, dia sudah kembali kepada Islam tetapi masih tidak dapat nikmati keindahan

Islam.

Isteri memberi cadangan supaya mengajarny­a berwuduk. Mulakan langkah dengan perkara yang mudah.

Asas wuduk seperti basuh tangan disertakan berdoa dalam hati, seperti: ‘Ya Allah, bersihkan tanganku ini daripada membuat perkara yang haram dan hanya membuat perkara membawa manfaat’.

Ketika membasuh telinga, minta kepada Allah SWT agar menjauhkan kita daripada mendengar perkara mungkar sebaliknya mendengar perkara yang baik dan berilmu sahaja.

Begitu juga dengan kaki, berdoa supaya kaki pergi mencari rezeki yang halal, berjuang di jalan Allah dan haramkan kaki daripada menuju tempat maksiat.

Isteri saya menyaranka­n, dia belajar ambil wuduk dan melakukann­ya setiap hari. Jika dia amalkan, pasti dia dapat berasakan sesuatu.

Biar dia belajar mengingati Allah SWT menerusi wuduk. Perlahan-lahan, hatinya pasti ingin belajar bersolat.

Tidak mudah mahu mengajak saudara baru mengenali Allah SWT. Bukan sekadar saudara baru, kita yang sedia Muslim juga sama tetapi itu sudah menjadi tanggungja­wab seorang hamba.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia