Harian Metro

Berzikir, tafakur menjurus ketenangan

-

Setiap individu tidak terlepas daripada tekanan. Tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap perubahan atau tuntutan.

Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau agama. Tekanan yang sederhana adalah berguna kerana ia boleh menjadi faktor motivasi dalam perkembang­an hidup seseorang.

Misalnya mengejar masa menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya. Semua itu sentiasa membuatkan kita tertekan. Begitupun, tekanan juga membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Sungguhpun begitu, kita tidak boleh hidup dengan tekanan setiap masa. Kita hanya manusia biasa yang memerlukan masa untuk merehatkan diri, jika tidak kita akan kelelahan atau kehabisan tenaga.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2011, terdapat 450 juta manusia menderita akibat masalah mental. WHO mendefinis­ikan kesihatan mental sebagai bahagian penting dalam kesihatan manusia. Individu yang sakit mental tidak dipanggil sihat.

Begitulah bahayanya tekanan jika tidak dikawal dan dirawat. Tekanan juga boleh mengakibat­kan seseorang menjadi kufur kepada Allah SWT. Apabila dia tidak mengawal perkataan dengan menyebut ucapan yang menyalahi syariat Islam.

Disebabkan itu, penting bagi setiap Muslim apabila menghadapi tekanan, dia perlu berusaha mencari jalan mengawal diri, emosi dan rawat jiwa untuk mengurangk­annya.

Banyak cara untuk mengurangk­an tekanan, semua itu bergantung pada aktiviti yang digemari. Meluangkan masa melakukan aktiviti digemari akan membuatkan minda melupakan seketika segala kesukaran yang dihadapi, membantu kita bertenang dan memberi semula kekuatan menghadapi tekanan itu.

Namun, sebagai Muslim, kita jangan lupa bahawa dalam Islam juga ada kaedah untuk mengurangk­an tekanan dengan mendekatka­n diri dengan Tuhan.

Tekanan pada perspektif Islam adalah masalah jiwa yang perlu ditangani. Kalimah ‘al-nafs’ adalah jiwa yang membezakan hakikat manusia dengan makhluk Allah yang lain. Jiwa dan perbuatan lahiriah yang baik memerlukan agama.

Justeru itu, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam mengurus tekanan seperti bertafakur. Melalui tafakur yang bermaksud merenung dan berfikir mendalam mengenai sesuatu, tekanan dapat dikendali melalui proses ketenangan jiwa.

Proses tafakur boleh dimulakan dengan berfikir mengenai diri sendiri, segala nikmat yang Allah SWT berikan dari segi kesihatan dan kelebihan yang ada pada kita. Contohnya, kita tertekan dengan kerja tapi cuba fikir betapa ramai orang yang mengingink­an pekerjaan tetapi tidak dapat.

Mungkin kita tertekan dengan kesempitan hidup tetapi masih ada insan yang jauh lebih susah seperti golongan gelandanga­n dengan kehidupan yang menyedihka­n. Maka, sekali-sekala turunlah memerhati orang di sekeliling kita. Ramai lagi orang yang lebih susah.

Disebabkan itu, dalam Islam sangat menganjurk­an umatnya bertafakur.

Malah ulama Islam merintis konsep tafakur sebagai motivasi hidup dan meningkatk­an iman seseorang.

Ini membuktika­n konsep tafakur membantu mengurangk­an tekanan.

Selain itu, jiwa dalam keadaan tertekan tidak boleh lari daripada mengingati Tuhan atau berzikir bagi mencapai ketenangan hati kerana berzikir adalah satu cara mengingati Allah SWT sama ada dengan lidah atau hati.

Firman Allah SWT bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Rad:28).

Cuba kita lihat perbezaan orang solat selepas itu dia berzikir. Walaupun hanya sebentar, kita dapat lihat perbezaan orang yang solatnya terlalu cepat, tidak sempat berzikir dan berdoa.

Kebanyakan mereka mengamalka­n tata cara seperti ini, kehidupann­ya lebih serabut dan membuatkan orang lain berserabut.

Berbeza dengan golongan yang mengamalka­n solat dengan baik, doa tertib ditambah pula dengan berzikir. Mereka akan kelihatan lebih tenang.

Ini tidak bermaksud mereka tiada tekanan dalam hidup. Namun kebanyakan mereka pandai mengawal emosi, riak wajah nampak tenang walaupun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Ini membuktika­n mereka bijak mengawal tekanan.

Amalan mereka lakukan membantu jadikan hidup lebih tersusun dan jiwa lebih tenang. Disebabkan itu, para ulama tidak pernah lupakan zikir selepas solat. Ia terapi yang membantu kita lebih tenang dan sabar dengan rencah kehidupan yang penuh cabaran.

Malah yang terakhir, kita dianjurkan melazimi kehidupan dengan membaca al-Quran kerana ia sangat membantu mengurangk­an tekanan.

Kita boleh mulakan walaupun satu ayat. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Insya-Allah mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia