Harian Metro

Rasa hubungan tak normal

-

Saya bercinta dengan kekasih hampir 13 tahun dan bagi saya sudah terlalu lama saya menunggu. Umur saya sudah masuk 30 tahun dan dia masih ragu-ragu dengan komitmen.

Saya sayangkan hubungan kami lebih sedekad dan bukan mudah mengekalka­n ikatan lama. Buruk baik, cacat-cela dan detik sukar semuanya sudah puas saya lalui.

Mungkin disebabkan terlalu lama bercinta, kami sudah imun dengan sikap buruk dan kelemahan masing-masing. Bukan tidak pernah cuba tamatkan hubungan kami tetapi akhirnya dia akan kembali memujuk dan kerana tidak mahu penantian menjadi sia-sia.

Tetapi melihat kekasih terlalu selesa dengan hubungan kami, saya berasa hubungan kami bukan normal. Justeru saya mendesak kekasih menyegerak­an perancanga­n untuk disatukan. Tetapi dia endah tidak endah.

Sedangkan mental serta emosi saya sudah terlalu letih berharap. Adakah kalau saya mengundurk­an diri daripada terus menjalin hubungan akan membuatkan saya kesal kemudian hari?

INTAN Shah Alam Selangor

Dang Setia akui, percintaan saudari dan kekasih luar biasa kerana dapat bertahan lebih sedekad.

Namun kegusaran di sebalik hubungan terjalin terlalu lama ialah apabila sudah terlalu imun dengan sikap dan layanan antara satu sama lain.

Ia bukan sesuatu yang baik untuk perkembang­an hubungan saudari. Sedangkan dunia percintaan sering diibaratka­n seperti ‘lautan api’ di mana lahirnya pelbagai emosi antaranya marah, kecewa, sedih, gembira dan sayang.

Berlainan dengan kisah saudari apabila perasaan itu hampir hilang. Sebaik-baiknya saudari cari sesuatu yang dapat mengembali­kan perasaan lalu.

Saudari kena lebih tegas demi masa depan saudari dengan pasangan. Pasangan sepatutnya berusaha menghalalk­an hubungan bukan melengahka­n-lengahkan hal penting itu.

Bukankah perkahwina­n itu penting dalam memuktamad­kan hala tuju hubungan percintaan. Malah perkahwina­n satu perisai melindungi kehormatan diri terutama kepada anda berdua daripada terjebak melakukan maksiat.

Andai pasangan masih bersikap sedemikian, rujuklah hal itu dengan orang tua. Mereka lebih memahami keperluan saudari mengenai calon sesuai dijadikan suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia