Harian Metro

GERAM DENGAN HOBI SUAMI

-

Kalau sebelum ini cuti sekolah kami pergi bercuti dan banyak lakukan aktiviti luar. Sejak terbabit dengan hobi ini banyak masa dia habiskan di rumah dan membina model berkenaan berbanding berbual dengan saya serta anak-anak.

Saya berasa geram dengan sikapnya yang melampau. Kini satu bilik di rumah dijadikan galeri. Sedangkan anak dan saya terpaksa berkongsi bilik. Saya jadi geram melihat sikapnya lebih pentingkan miniatur daripada keluarga.

IAM Kuala Lumpur

Dapatkan segera bantuan pakar psikologi dalam menangani obsesi suami terhadap hobi mengumpul miniatur itu.

Lagi awal tindakan menangani sikap buruk itu diambil, lagi singkat masa untuk suami pulih daripada belenggu ketagihan terbabit.

Hobi sebenarnya satu nilai tambah dalam komponen kehendak individu. Ia bukan keperluan tetapi lebih kepada melengkapi baik dari segi mental, fizikal mahupun emosi.

Hakikatnya hobi bagi mengisi waktu lapang itu adalah baik dan bermanfaat. Tetapi kalau aktiviti berkenaan mengganggu hubungan serta fungsi harian ia boleh menjadi sesuatu yang membebanka­n.

Contohnya, suami sanggup berhabis wang ringgit dan dengan sengaja mengurangk­an waktu kualiti bersama keluarga. Perubahan sikapnya menandakan hobi berkenaan boleh berubah menjadi gangguan atau menjejaska­n kualiti hidupnya.

Nasihat Dang Setia, tangani isu itu dengan berhatihat­i. Selaku isteri perlu bijak memainkan peranan menasihati dan berbincang mengenai sikapnya yang keterlalua­n terhadap miniatur.

Dia seharusnya fokus kepada keutamaan ketika ini iaitu anak-anak dan isteri. Mungkin pada awalnya dia akan menolak hakikat bahawa sikapnya itu menjengkel­kan.

Dapatkan sokongan anakanak untuk memujuk dan menyedarka­n suami mengenai keperluan dia mendapatka­n bantuan untuk merawati obsesnya.

Justeru jangan berlengah sebaliknya segera merujuk suami dengan pakar psikologi untuk merawati masalah terbabit.

Perkara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia