Harian Metro

Fobia jadi mangsa gangguan seksual

-

Saya terasa diri seolah-olah menjadi mangsa cabul individu yang saya kenali sejak zaman sekolah.

Ketika itu saya berada di tingkatan satu manakala lelaki yang juga senior satu sekolah di tingkatan empat. Biarpun perbuatann­ya seolah-olah satu gurauan, tetapi membuatkan saya hilang keyakinan diri dan sering mengenakan dua hingga tiga lapis seluar pendek sebelum mengenakan celana.

Baru-baru ini kami bertemu selepas lapan tahun hal itu berlalu. Dia bertemu dengan saya dengan tujuan ingin memohon maaf. Katanya pengaruh rakan selain terikut-ikut dengan darah muda menyebabka­n dia melalui zaman gelap.

Saya tertekan setiap kali terserempa­k dengannya. Maklumlah saya dibuli dan diganggu setiap kali pulang sekolah selama dua tahun. Hal itu saya rahsiakan daripada pengetahua­n orang tua serta guru.

Saya tidak pasti mahu memaafkann­ya kerana kesannya begitu mendalam.

HAD Johor Bahru

yang berlaku pada saudara bukan kecederaan kecil sebaliknya ia luka terlalu dalam sehingga memberi kesan kepada psikologi serta fisiologi.

Walaupun hanya terserempa­k dengan individu yang membuli itu, saudara berdepan serangan panik teruk selain mengalami tekanan perasaan.

Biarpun hal berlaku itu sudah berlalu tetapi ia bukan cukup lama untuk membuatkan saudara boleh melupakan individu yang bertanggun­gjawab melukakan emosi saudara.

Tidak dinafikan kenalan saudara itu dibeban rasa kesal. Ibarat pepatah lama, ‘apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat’. Maksudnya hakikat mengenai dia pernah membuli dan mendera saudara satu ketika itu dulu tidak dapat diubah lagi.

Dia perlu insaf dan berusaha memohon kemaafan. Bagi Dang Setia, saudara perlu dapatkan sokongan baik daripada keluarga mahupun rakan mengenai isu ini.

Jangan memendam perasaan sebaliknya saudara perlu luahkan untuk ringankan bebanan fikiran. Mana tahu kesediaan saudara berkongsi mampu membantu saudara menangani trauma berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia