Harian Metro

TAK TAKUT ‘ABANG KAWASAN’

-

yang menjalanka­n tugas,” katanya.

Menurutnya, akibat kerap melakukan operasi mencegah DVD cetak rompak pada 2015, kumpulan tonto mula bertindak berani dengan meletakkan kenderaan mereka di parkir KPDNKK di tingkat atas.

“Jika sebelum ini mereka hanya menunggu di tingkat bawah. Namun, mereka berani naik ke parkir kenderaan kami selama dua hari berturut-turut menyebabka­n saya mula naik angin.

“Mereka semakin kurang ajar dengan melakukan tindakan sebegitu seolaholah mencabar penguat kuasa. Naik angin dengan tindakan tonto itu, saya meminta anggota agar melakukan operasi DVD cetak rompak hampir setiap malam.

“Melihat tindakan KPDNKK yang agresif, kumpulan itu mula memperlaha­nkan kegiatan mereka dan sehingga kini tiada lagi geng berkenaan dilihat berkeliara­n di sekitar bangunan pejabat,” kata bapa kepada tiga anak ini.

Jelasnya, biarpun kegiatan tonto di sekitar pejabat KPDNKK dilihat sudah tidak bermaya, masih wujud tonto di sesuatu kawasan lokasi serbuan, malah segelintir daripada mereka adalah samseng.

“Ketika menjalanka­n operasi atau serbuan, mereka akan memaklumka­n kepada peniaga cetak rompak atau tiruan agar beredar dari premis masing-masing lebih awal.

“Mereka juga melakukan provokasi dengan menghempas barang ke lantai, mencurah air dan sebagainya.

“Walaupun tindakan yang dilakukan itu tidak kena pada badan kami secara langsung, namun ia tetap sebagai ancaman.

“Terbaru, saya dan beberapa rakan penguat kuasa dikepung kumpulan samseng yang diupah pemilik sebuah premis di Kepong ketika menjalanka­n operasi baju hujan tiruan kira-kira dua bulan lalu,” katanya.

Menceritak­an cara dia menghadapi kumpulan tonto dan samseng,

Ahmad Wildan berkata, penguat kuasa tidak perlu melayan kerenah mereka, sebaliknya cuma mengawal emosi dan tidak mudah melatah.

“Jika kita turut bertindak agresif atau melawan mereka secara fizikal, pasti sesuatu yang buruk berlaku.

“Hanya perlu bertenang kerana saya tahu, tonto atau samseng tidak boleh menyentuh kami kerana boleh didakwa menghalang penjawat awam melakukan tugas,” katanya yang banyak menimba ilmu kepengguna­an sejak menyertai KPDNKK pada 2014.

Mengakhiri perbualan kami, Ahmad Wildan berkata, berbanding ancaman tonto, persepsi negatif daripada orang awam lebih dibimbangi kerana sesetengah daripada mereka sering menganggap KPDNKK tidak menjalanka­n tugas yang diamanahka­n.

 ??  ?? BERSAMA pegawai KPDNKK yang membantera­s jualan barangan tiruan dan cetak rompak. AHMAD Wildan ketika menjalanka­n operasi DVD cetak rompak AHMAD Wildan
bersama keluargany­a.
BERSAMA pegawai KPDNKK yang membantera­s jualan barangan tiruan dan cetak rompak. AHMAD Wildan ketika menjalanka­n operasi DVD cetak rompak AHMAD Wildan bersama keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia