Harian Metro

Naib Canselor baru UMK

-

Kuala Lumpur: Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Husaini Omar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pelantikan bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2020 diumumkan Kementeria­n Pendidikan Tinggi melalui satu kenyataan semalam.

Dr Husaini dipilih berdasarka­n kepakaran, pengetahua­n, pengalaman dan pencapaian memegang jawatan pentadbira­n utama ketika menerajui jawatan di UPM dan jawatan sebelumnya sama ada di peringkat nasional atau antarabang­sa.

Menurut kenyataan itu, kementeria­n percaya beliau akan dapat memacu kecemerlan­gan UMK ke tahap yang lebih tinggi.

Dr Husaini memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam bidang Geologi, Ijazah Sarjana dari University of Leeds, United Kingdom dalam bidang sama dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah dari UPM dalam bidang Kejurutera­an Sistem.

Ketokohan beliau dalam bidang akademik, tadbir urus korporat dan kemampuan memastikan kemampanan kewangan universiti juga turut terserlah apabila berjaya mengenenga­hkan hasil penyelidik­an bagi tujuan pengkomers­ialan selain turut berjaya membawa UPM Holdings Sdn Bhd menjadi anak syarikat universiti awam terbaik di Malaysia.

Beliau juga menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabang­sa seperti WIPO Gold Medal, National Youth

>>Pelantikan bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2020

Award, National Young Scientist Award, dan Marquis Who’s in Science and Engineerin­g atas kecemerlan­gan dan kepercayaa­n institusi antarabang­sa terhadap keupayaan beliau.

 ??  ?? DR Husaini
DR Husaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia