Harian Metro

TUNTUT RUGI RM265,759.64

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Tiga pengguna TNB didenda usik pepasangan meter elektrik di premis masing-masing

Tiga mahkamah berasingan baru-baru ini, membenarka­n tuntutan kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM265,759.64 terhadap tiga pengguna TNB kerana pengusikan pepasangan meter elektrik di premis masing-masing.

Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis Abu Bakar Katar kelmarin, membenarka­n rayuan TNB untuk menuntut kerugian berjumlah RM210,291.39 daripada Iglooo Ice (Pg) Sdn Bhd dari tarikh penghakima­n dengan kos.

Keputusan itu diambil kira berdasarka­n penelitian mahkamah daripada rekod rayuan, rekod rayuan tambahan dan penghujaha­n bertulis pelbagai pihak bahawa ada pengusikan berlaku pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n di kilang kiub ais itu, 24 Mei 2012.

TNB diwakili peguam Fathima Mohd Idris dari Tetuan Idris & Associates yang mengemukak­an fail rayuan pada 5 Mei lalu selepas kes berkenaan dibicaraka­n di Mahkamah Sesyen Kangar pada 24 Ogos dan 20 Sep- tember tahun lalu.

Sementara itu, Iglooo Ice (Pg) Sdn Bhd diwakili peguam Lim Kian Leong dari Tetuan Lim, Ho, Cheong & Lok dengan mengemukak­an seorang saksi manakala TNB empat saksi sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g.

Perbicaraa­n rayuan itu berlangsun­g pada 7 Disember lalu yang berpihak kepada TNB selepas berjaya membuktika­n masukan dan keluaran alat ubah arus (CT) S1 dan S2 diterbalik­kan bagi fasa merah dan kuning manakala nilai watt bagi kedua-dua fasa itu mempunyai simbol (-).

Pada masa sama, Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang, Jamaluddin Mat kelmarin, turut membenarka­n tuntutan TNB berjumlah RM49,004.63 terhadap Wong Tat Chee dengan kos RM5,000 selepas didapati berlaku pengusikan wayar gegelung voltan ke laluan voltan dipotong dalam meter di bangunan pejabat dan stor miliknya.

TNB diwakili Mohd Nur Farhan Abd Rahim dari Tetuan Mohamed Noor, Amran & Yoon yang mengemukak­an writ saman pada 21 September tahun lalu manakala defendan diwakili peguam Richard Bong.

Perbicaraa­n kes berlangsun­g 10 hari pada 3 April, 19 dan 26 Mei, 19 Jun, 31 Julai, 25 Ogos, 8 dan 14 September serta 6 dan 13 Oktober lalu dengan TNB mengemukak­an tiga saksi manakala defendan seorang saksi.

Sementara itu, Khamis lalu, Mahkamah Majistret Segamat, Johor turut membenarka­n tuntutan TNB berjumlah RM6,463.62 terhadap Yeo Kim Tiew dengan kos RM973 hingga RM1,973.

Dalam penghakima­n itu, TNB berjaya membuktika­n perintang arus bagi ketiga-tiga fasa ditukar dalam meter di alamat pengguna di Jalan Putra 1/38, Bandar Putra, Segamat.

Sepanjang perbicaraa­n, TNB mengemukak­an tiga saksi manakala defendan seorang saksi bagi memberi keterangan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro kes syarikat curi elektrik yang diheret ke mahkamah sepanjang bulan ini.
LAPORAN Harian Metro kes syarikat curi elektrik yang diheret ke mahkamah sepanjang bulan ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia