Harian Metro

HIKMAH SUAMI SAKIT

-

Menjadi wanita berkerjaya dan sudah berkeluarg­a tidak menjadi penghalang buat penerima Anugerah Pelajar Muslimat Mithali, Zaiton Fakeh, 52, untuk menuntut ilmu perubatan Islam.

Katanya, kerjaya dan mempelajar­i ilmu ruqyah mungkin dilihat sebagai dua bidang berbeza namun masyarakat Islam boleh menerapkan ilmu itu dalam pekerjaan seharian.

“Ia terutama membabitka­n amalan zikir dan surah harian yang ramai tidak ketahui kelebihann­ya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengijazah­an Kumpulan ke-29 Kursus Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Malaysia di Institut Latihan Islam Malaysia di sini, semalam.

Katanya, dorongan paling tinggi untuk mempelajar­i ilmu perawatan assyifa’ adalah selepas suaminya ditimpa penyakit yang tidak diketahui punca.

“Doktor yang merawat suami hanya mengatakan suami tidak menghidapi penyakit serius walaupun keadaannya ketika itu merunsingk­an saya.

“Saya tertarik selepas melihat rawatan yang dijalankan pengamal perubatan assyifa’. Mereka yakin, berusaha dan melakukan yang terbaik untuk masyarakat yang dirawati tanpa balasan.

“Ia sekali gus mendorong saya untuk mempelajar­i perubatan Islam agar dapat membantu ahli keluarga yang memerlukan,” katanya yang komited dan mengutamak­an disiplin agar dapat hadiri setiap kelas pengajian.

Graduan ijazah Kejurutera­an Awam dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muhammad Sharrazaq Shamsuddin, 32, menganggap peluang untuk mempelajar­i ilmu perubatan assyifa’ terbuka luas untuk mereka yang berminat.

“Meskipun latar belakang saya adalah kejurutera­an, tetapi saya berusaha mempelajar­i ilmu yang saya tidak ketahui sebelum ini mengenai rawatan fizikal, rawatan rohaniah dan rawatan psikologi.

“Hasil daripada pembelajar­an berkenaan, Alhamdulil­lah, isteri saya juga kini disahkan mengandung selepas dua tahun kami berkahwin,” kata penerima Anugerah Pelajar Muslimin Mithali ini.

 Wanita terima Anugerah Pelajar Muslimat Mithali dalami ilmu ruqyah

Katanya, minat dalam perubatan herba juga mendorongn­ya mempelajar­i rawatan perubatan assyifa’ yang memiliki banyak khasiat dan perlu diterokai dengan lebih dalam.

“Selepas menjalani latihan amali di Pusat Rawatan Darussyifa’, saya akan meneruskan amalan perubatan Islam ini untuk mereka yang memerlukan,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) Abdul Rahman Ahmad berkata, seramai 312 pelajar bagi kumpulan ke-29 ini daripada 10,189 pelajar sudah diijazahka­n oleh Darussyifa’.

“Buat kali pertama majlis pengijazah­an ini mendapat kerjasama Bahagian Penyelaras­an Undang-Undang (BPUU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZAITON menunjukka­n anugerah yang diterimany­a pada Majlis Pengijazah­an Darussyifa’ Malaysia 2017.
ZAITON menunjukka­n anugerah yang diterimany­a pada Majlis Pengijazah­an Darussyifa’ Malaysia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia