Harian Metro

‘DOALAH UNTUK ANAK SAYA’

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

 Budak hidap kanser sarcoma tahap empat disahkan buta

“Saya mohon kepada orang ramai mendoakan kesejahter­aan anak sulung saya. Dia sudah 20 kali menjalani rawatan radioterap­i dan sehingga hari ini sudah lengkap semua prosedur rawatannya, tetapi keadaan anak masih tidak berubah,” kata Mohd Nor Hafis Abd Aziz, 33, bapa kepada Mohamad Arifuddin, 9, yang disahkan menghidap kanser sarcoma atau kanser tisu.

Muhammad Arifuddin menghidap kanser tisu tahap empat sehingga menyebabka­n biji mata kirinya tersembul keluar dan doktor mengesahka­n mata kanannya buta.

Mohd Nor Hafis yang berasal dari Klang, Selangor berkata, pada Januari lalu doktor mengesahka­n ada tumor di kepala anaknya, tetapi selepas pemeriksaa­n susulan dilakukan dia dikesan menghidap kanser tisu.

“Saya perasan pada mulanya anak kerap mengadu sakit kepala, apabila doktor periksa dia disahkan menghidap kanser.

“Sel kanser yang menyerang menyebabka­n bola mata anak saya tersembul dan buta, mula-mula hanya satu mata sekarang dua-dua mata sudah tidak nampak,” katanya. Katanya, Mohamad Arifuddin kini di rumah bapa mentuanya di FELDA Bukit Damar, di sini, buat sementara waktu sebelum pulang ke rumah sewanya di Pangsapuri Meru Impian, Jalan Hamzah Alang, Klang.

“Memang kami akui perit ketika ini, saya dan isteri tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak sulung yang sakit dan dua lagi anak yang masih kecil,” katanya.

Bapa kepada tiga anak berkata, ia dugaan besar baginya kerana anak sulungnya berubah dari seorang yang sihat dan aktif kepada langsung tidak bermaya dalam sekelip mata.

“Masa dia sihat berat badannya 45 kilogram, tak sangka dalam tempoh setahun fizikalnya berubah ketara. Dulu dia mampu duduk atas kerusi roda, sekarang langsung tidak mampu, hanya baring saja setiap hari,” katanya.

Mohd Nor Hafis berkata, dia dan isteri Norazlin Mohamad, 28, lega apabila Lembaga Zakat Selangor menyalurka­n bantuan RM250 sebulan untuk bayaran rumah sewa.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n bantuan boleh menghubung­inya di talian 011 23112521 atau melalui akaun Maybank 1628430662­09 atau CIMB 7063363584 atas nama Mohd Nor Hafis Abd Aziz.

 ??  ?? MOHAMAD Arifuddin bersama adiknya.
MOHAMAD Arifuddin bersama adiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia