Harian Metro

POTONGAN YURAN 50%

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

MGS Bursary 2018 tawar geran pendidikan sambung pengajian

Sekolah Antarabang­sa Matrix (MGS) di Sendayan di sini menawarkan geran pendidikan kepada semua pelajar dalam negara untuk menyambung pengajian di institusi berkenaan.

Pengarahny­a, Datuk Kalsom Khalid berkata, geran kali pertama diperkenal­kan berbentuk penguranga­n yuran antara 25 hingga 50 peratus bermula awal tahun depan.

Katanya, tawaran itu terbuka kepada semua murid dan pelajar berkelulus­an Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Checkpoint (setara Cambridge di sekolah antarabang­sa).

“Bagi tawaran ini, penguranga­n 25 peratus diperuntuk­kan kepada sekolah kebangsaan yang mendapat minimum 4A pada UPSR.

“Syarat untuk pelajar SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) pula minimum 6A, manakala PT3 minimum 8A,” katanya.

Kalsom berkata, bagi kategori kedua iaitu penguranga­n 50 peratus, murid yang menduduki UPSR perlu meraih minimum 6A.

“Sementara itu pelajar SJKC dan SJKT, syarat kelayakan minimum 8A. PT3 pula mesti dapat semua A, manakala Checkpoint dengan tiga keputusan 6.0,” katanya di sekolah itu, di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Matrix Private School Felicia Wong dan Ketua Pembanguna­n Perniagaan MGS, Charmaine Chean.

Beliau berkata, permohonan boleh dibuat menerusi www.matrixscho­ols.edu.my atau datang ke sekolah dengan membawa sijil keputusan.

 ??  ?? KALSOM (tengah) menunjukka­n poster tawaran geran pendidikan MGS Bursary 2018.
KALSOM (tengah) menunjukka­n poster tawaran geran pendidikan MGS Bursary 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia