Harian Metro

Tiga juara tak hirau angin kencang, hujan lebat

-

Hujan lebat serta angin kencang tidak menghalang tiga peserta tempatan mengunggul­i kedudukan tiga teratas bagi Kategori Lelaki Terbuka pada Kejohanan Lumba Basikal Lasak Batangan Jamboree 2017 (BJ17) di Pantai Peranginan Kelulut, di sini, semalam. Pelumba dari

Muaz Abd Rahim dinobatkan juara bagi kategori itu selepas menewaskan pelumba dari Sitra Batik Team, Mohammad Saufi Mat Senan dengan perbezaan masa satu saat.

Muaz mencatat masa satu jam 16 minit 14 saat manakala Mohammad Saufi 1:16:15s dan tempat ketiga dimenangi Mohd Khusairi Abu Bakar dari Izrimee Bike

Racing,

Giant Malaysia

Race dengan masa kayuhan 1:17:45s.

Bagi Kategori Wanita Terbuka, Supuksorn Nantana dan Sarocha Kaminlakon dari

masing-masing meraih tempat pertama dan kedua dengan catatan masa 1:31:31s dan 1:33:50s manakala tempat ketiga menjadi milik Siti Aisyah Alias dari

selepas menamatkan kayuhan dalam masa 1:36:12s.

Dua kategori berkenaan menawarkan hadiah RM800 (juara), tempat kedua (RM600) dan tempat ketiga (RM400) serta plak.

BJ17 yang menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai lebih RM22,000 mendapat sambutan memberangs­angkan

Team

Thailand All Star

Twitter Racing Team

dengan penyertaan 2,100 individu dari dalam dan luar negara.

Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu (lasak dan ekstrem) membabitka­n lima acara iaitu Lelaki Junior (19 tahun ke bawah), Wanita Terbuka, Lelaki Terbuka, Lelaki Master (36 hingga 44 tahun) dan Lelaki Veteran (45 tahun ke atas).

Bagi Kategori Jamboree (amatur dan santai), lapan acara dipertandi­ngkan iaitu Lelaki Terbuka (35 tahun ke bawah), Lelaki Master (36 hingga 49 tahun), Lelaki Otai (50 tahun ke atas),

(basikal tayar besar), Terengganu Tertutup, Lelaki Boroi dan Super Mama.

Bike

Race

Heavyweigh­t, Fat

 ??  ?? PESERTA Kejohanan Lumba Basikal Lasak Batangan Jamboree 2017 dilepaskan di Pantai Peranginan Kelulut Seberang Marang, semalam.
PESERTA Kejohanan Lumba Basikal Lasak Batangan Jamboree 2017 dilepaskan di Pantai Peranginan Kelulut Seberang Marang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia