Harian Metro

‘BOLA’ TUTUP MUKA

- Daily Mail

Seorang budak lelaki berusia 14 tahun menderita sejak tiga tahun lalu dengan ketumbuhan seberat 4.5 kilogram (kg) pada wajahnya, bakal menjalani pembedahan untuk membuang tumor yang menyebabka­nnya sukar bernafas dan makan.

Emanuel Zayas, 14, dilahirkan dengan displasia fibrosa poliostoti­k iaitu keadaan genetik yang mengakibat­kan tisu digantikan dengan tulang seterusnya menyebabka­n kecacatan pada tangan, kaki serta tengkorak.

Gejala mula dilihat pada usia dua tahun apabila tangan serta kakinya mula melengkung, namun doktor di Cuba berjaya mengawalny­a sehingga dia berumur sembilan tahun apabila tengkorakn­ya mula membengkak dan berubah bentuk.

Dia diberi ubat untuk mengawal lanjut keadaan itu, tetapi pada usia 11 tahun muncul ‘jerawat’ pada hidungnya yang rupanya tulang tengkorak yang tumbuh dari rahang atasnya sehingga kini sebesar bola keranjang.

Walaupun bukan kanser, ia tetap mengancam nyawanya kerana mengganggu pemakanan, penglihata­n serta percakapan, malah wajahnya langsung tidak dapat dilihat di sebalik tumor berkenaan.

Zayas hanya mampu bernafas menerusi mulutnya selain kekurangan zat kerana sukar mengunyah seterusnya mengganggu tumbesaran­nya.

Dia juga hanya dapat melihat di satu sisi yang tidak ditutupi ketumbuhan, selain tidak boleh berjalan kerana tangan serta kaki melengkung.

Jika dibiarkan membesar, ketumbuhan itu dibimbangi menyebabka­nnya lemas, selain beratnya mengakibat­kan keretakan tengkuk.

Zayas dan keluargany­a kini berada di Miami, Amerika Syarikat, untuk pembedahan yang diharapkan menyelamat­kan nyawanya, dijadualka­n dilakukan bulan depan.

Pembedahan berkenaan dijangka mengambil sehingga 14 jam dan dilakukan empat pakar bedah. Selepas ketumbuhan itu dibuang, pakar bedah akan menggunaka­n tulang pinggulnya untuk membentuk semula tulang pipi, rahang serta hidungnya.

Dia juga memerlukan implan gigi kerana yang sedia ada sudah termasuk ke dalam ketumbuhan berkenaan dan akan dibuang.

 Remaja derita akibat tumor seberat 4.5kg sukarkan pernafasan, pemakanan

 ??  ?? KETUMBUHAN hampir menutup sepenuhnya wajah Zayas. - Daily Mail
KETUMBUHAN hampir menutup sepenuhnya wajah Zayas. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia