Harian Metro

Guru suruh murid hidu kaki

-

Beijing: Seorang guru sekolah rendah di China mencetuska­n kemarahan selepas rakaman kamera keselamata­n tertutup di kelasnya menunjukka­n dia menghulurk­an kaki ke arah murid perempuan untuk menghidu kakinya ketika sesi pembelajar­an.

Guru dikenali sebagai Lian itu dilihat mengangkat kakinya ke muka tiga murid perempuan yang melakukan kerja sekolah, lapor Shenzhen Television Station.

Susulan itu, ibu bapa membuat aduan kepada guru besar sekolah, namun Lian mendakwa dia cuma bergurau dengan muridnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Rendah Da Peng No 2 di Shenzhen, wilayah Guangdong, pada 21 Disember lalu.

Seorang ibu dikenali sebagai Di mendapat tahu kejadian itu selepas anak perempuann­ya mengadu dia dan dua rakan diarahkan mencium kaki guru berkenaan. Lian kemudian bertanya sama ada kakinya busuk.

Ibu bapa murid berkenaan membuat aduan kepada guru besar, Liu Yude dan mendesak mahu melihat rakaman kamera keselamata­n yang membuktika­n dakwaan itu apabila Lian jelas dilihat meletakkan kakinya pada muka budak terbabit sekitar jam 4 petang.

Tiga budak terbabit disahkan murid darjah empat.

Sementara itu, Lian yang ditemu bual stesen televisyen berkenaan menegaskan ia sekadar gurauan.

“Saya sering bergurau dengan pelajar. Ketika saya masuk ke kelas hari itu, mereka menuduh kaki saya busuk jadi saya membuka kasut dan menyuruh mereka membaunya.” katanya.

Dia bagaimanap­un mengaku perbuatann­ya ‘tidak bertamadun’ dan ‘tidak berakal.’

Sementara itu, Liu mengaku Lian tidak sepatutnya berkelakua­n seperti itu dan tidak menghormat­i muridnya.

“Dia menolong menjaga murid berkenaan selepas waktu sekolah. Namun tindakan itu tidak wajar dan saya akan menegurnya. Kami akan menyiasat kejadian ini,” katanya. - Daily Mail

 ??  ?? RAKAMAN menunjukka­n Lian mengangkat kakinya ke muka muridnya. - Daily Mail
RAKAMAN menunjukka­n Lian mengangkat kakinya ke muka muridnya. - Daily Mail
 ??  ?? LIAN
LIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia