Harian Metro

BUDAK SETAN

- Daily Mail

 Lima kanak-kanak termasuk berusia enam

tahun didakwa perkosa murid perempuan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara sekumpulan budak yang ditahan dan didakwa atas tuduhan menyerang seorang murid perempuan secara seksual sepanjang lima bulan.

Menurut polis, budak itu bersama rakannya - berusia sembilan, 10, 12, dan 18 tahun - menyasarka­n mangsa berusia lapan tahun itu di Pune, Maharashtr­a, barat India.

Kejadian hanya diketahui selepas mangsa dibawa untuk rawatan kerana mengadu sakit perut.

Times of India memetik ketua polis tempatan Milind Gaikwad berkata: “Bapanya membawa mangsa jumpa doktor yang mengesyaki sesuatu tidak kena apabila selesai membuat pemeriksaa­n.

“Doktor itu terus mengarahka­n ibu mangsa datang ke klinik sebelum memaklumka­n pasangan berkenaan bahawa anak mereka berkemungk­inan dirogol.”

Menurutnya, mangsa dan lima perogolnya tinggal di kawasan kejiranan sama, malah turut belajar di sekolah sama.

“Mangsa berkata, dia sering dirogol kumpulan terbabit. Lazimnya mereka membawanya ke sebuah apartmen kosong atau bahagian sunyi di kawasan kejiranan mereka sebelum merogolnya.

“Dia pada mulanya diumpan remaja berusia 18 tahun terbabit, lima bulan lalu yang kononnya mahu memberikan­nya manisan sebelum empat yang lain kemudian datang dan mereka bergilir-gilir memperkosa­nya,” katanya.

Lima budak lelaki terbabit didakwa atas tuduhan rogol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia