Harian Metro

Ganja ‘buah tangan’ pasangan tua RAKAM DETIK AKHIR

- Daily Mail

Chicago (Amerika Syarikat): Sepasang suami isteri warga emas terpaksa melupakan perancanga­n untuk sambutan Krismas apabila ditangkap dengan 27 kilogram (kg) ganja bernilai AS$336,000 (RM1.4 juta) yang mahu diberikan sebagai hadiah sempena perayaan itu.

Patrick Jiron, 80, dan isterinya Barbara, 70, memandu dari California ke Vermont untuk melawat keluarga serta sahabat mereka dengan membawa ganja berkenaan untuk diberikan sebagai hadiah, lapor York News-Times.

Pasangan itu ditahan separuh jalan di Nebraska selepas ditahan atas kesalahan lalu lintas, namun polis kemudian menghidu bau dadah berkenaan dari trak pikap mereka.

Jiron ditahan dan didakwa atas tuduhan memiliki ganja dengan tujuan membuat penghantar­an, tetapi dibebaskan selepas membayar 10 peratus daripada wang jaminan AS$100,000 (RM408,000) ditetapkan untuknya.

Barbara didakwa tetapi tidak dipenjara kerana masalah kesihatan yang tidak didedahkan, lapor akhbar berkenaan.

Ganja diklasifik­asikan bahan terlarang di Nebraska walaupun beberapa negeri lain termasuk jirannya Colorado serta California membenarka­nnya untuk tujuan rekreasi.

Vermont antara 29 negeri di Amerika Syarikat yang membolehka­n ganja digunakan untuk tujuan perubatan. - AFP

Seorang lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dituduh membunuh dan mengerat mayat budak berusia 10 tahun yang diumpan mengikutny­a pulang, minggu lalu.

Rakaman kamera keselamata­n di sebuah stesen kereta api menunjukka­n Alexander Georgievsk­iy keluar dari kafe di lokasi itu menghampir­i mangsa, Ruslan Korolev yang duduk di platform menunggu tren di Ortadnoe.

Menurut laporan media, Ruslan gemar melakukan aktiviti ‘lompat tren’ iaitu berpaut pada bumbung kereta api. Dia dilihat berbual dengan Georgievsk­iy sebelum lelaki terbabit menjemputn­ya pulang bersama untuk makan manisan.

Rakaman kamera keselamata­n kemudian menunjukan mereka berjalan ke sebuah kedai dengan Georgeivsk­iey membeli beberapa kek serta minuman keras sebelum mereka menuju ke kediaman tertuduh.

>>Tertuduh beri kanak-kanak itu minuman keras dan cuba meliwatnya, sebabkan mangsa mula melawan

 Lelaki didakwa bunuh, kerat mayat budak 10 tahun selepas dilihat berbual dengan mangsa

dalam kamera keselamata­n

Menurut polis, tertuduh memberi kanak-kanak itu minuman keras dan cuba meliwatnya, menyebabka­n mangsa yang panik mula melawan.

Jurucakap polis Anastasia Gluschenko berkata: “Georgievsk­iy mengamuk dan mencekik mangsa sebelum mengerat mayatnya. Cebisan mayat mangsa dicampakka­n di beberapa bahagian berbeza di Ortadnoe selain turut dibawa ke St Petersburg, 40 kilometer dari situ.”

Polis menyiasat kehilangan Ruslan yang dilaporkan keluargany­a Oktober lalu sebelum menukar siasatan kepada pembunuhan selepas cebisan mayatnya ditemui. Georgievsk­iy ditahan dua minggu lalu hasil rakaman kamera keselamata­n itu.

Dia kemudian didakwa pada 21 Disember lalu atas tuduhan bunuh selepas mengaku perbuatann­ya serta menunjukka­n lokasi cebisan mayat mangsa dibuang.

 ??  ?? RUSLAN
RUSLAN
 ??  ?? GEORGIEVSK­IY
GEORGIEVSK­IY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia