Harian Metro

BELA ‘ANAK EMAS’

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

 Tindakan Zhuliang pertahan Huang Qiang makan diri sendiri

Sumber rapat dengan skuad terjun negara mendedahka­n, jurulatih sokongan Huang Qiang adalah ‘anak emas’ ketua jurulatih kebangsaan, Yang Zhuliang.

Zhuliang dikatakan akan cuba sebaik mungkin untuk mempertaha­nkan anak buahnya itu setiap kali dia membuat hal.

Sumber berkenaan membuat pendedahan itu berikutan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam.

Dalam status di laman Facebookny­a Khairy berkata wujud ‘budaya dan persekitar­an menakutkan’ dalam kem terjun kebangsaan dan ia menjurus kepada insiden rogol, gangguan seksual, keganasan, penderaan fizikal, buli serta ugutan.

Qiang, jurulatih 35 tahun yang berasal dari China, didakwa merogol atlet terjun berusia 20 tahun Oktober lalu.

“Khairy merujuk kepada hanya seorang (Qiang) tetapi dia menyalahka­n ketua jurulatih (Zhuliang) kerana membenarka­nnya berlaku,” kata sumber berkenaan.

“Berkaitan insiden gangguan seksual, kadang kala Zhuliang ke kejohanan di luar negara bersama Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.”

Menurut sumber itu, Zhuliang dan Qiang berkawan baik di mana ketua jurulatih negara itu pernah melatih Qiang ketika dia mewakili China.

“Zhuliang melatihnya di China sekitar tahun 90-an. Qiang adalah bintang yang sedang meningkat naik dan penerjun pilihan untuk memenangi emas di Olimpik Sydney pada tahun 2000.

“Tetapi Qiang mengalami kecederaan yang menyaksika­n dia bergelut meneruskan kariernya ketika itu. Ketika itulah Zhuliang memutuskan untuk melatih Malaysia (tahun 2001).

“Zhuliang sentiasa mencuba sebaik mungkin untuk mengelakka­n Qiang daripada ditimpa kesusahan, tetapi kes rogol itu adalah kemuncak nya. Zhuliang terpaksa menyerahka­n perkara itu kepada pihak polis,” kata sumber itu.

Qiang, 35, bersara daripada aksi kompetitif untuk China pada tahun 2006 dan menyertai skuad negara sebagai jurulatih pada tahun 2007. Dia mendapat kerakyatan Malaysia pada Julai 2012 dan kembali bersaing secara kompetitif untuk Malaysia pada tahun yang sama.

Dia meraih kejayaan membanggak­an bersama Bryan Nickson Lomas dalam acara 3m papan anjal seirama dan gandingan berkenaan memenangi emas di GP Montreal serta gangsa di Piala Dunia London pada tahun 2012. Selepas Olimpik London, Qiang kembali menjadi jurulatih.

 ??  ??
 ??  ?? HUANG Qiang dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan perkosa atlet terjun wanita. Gambar kecil, Khairy.
HUANG Qiang dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan perkosa atlet terjun wanita. Gambar kecil, Khairy.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia