Harian Metro

Jun Hoong harap kontrak Zhuliang dikekalkan

-

Kuala Lumpur: Juara dunia, Cheong Jun Hoong masih berharap Yang Zhuliang akan dikekalkan sebagai ketua jurulatih skuad terjun negara.

Menurut pemenang pingat emas acara 10m platform individu di Kejuaraan Dunia Budapest Julai lalu berkata, dia terkejut dengan pemergian Zhuliang.

“Saya kecewa kontraknya tidak diperbahar­ui. Keputusan yang diraih oleh saya dan pasukan adalah kerana usaha gigih dan dedikasiny­a. Saya mahu dia kekal kerana seluruh dunia mengenalin­ya, jika anda mengikut sukan

(gambar)

ini akan tahu.

“Tanpanya kita tidak akan mempunyai juara dunia atau pingat di Olimpik, saya rasa dia berhak dihargai di atas sumbangann­ya kepada kita,” katanya.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahka­n kontrak jurulatih dari China itu yang akan berakhir 31 Disember ini tidak disambung kerana dia membenarka­n “wujudnya budaya dan persekitar­an yang diselubung­i ketakutan dalam kem terjun kebangsaan yang menjurus kepada insiden rogol, gangguan seksual, penderaan fizikal, buli dan ugutan.”

Menurut Khairy, walaupun Zhuliang sendiri tidak terbabit dalam perkara terbabit, beliau membenarka­n ia merebak tanpa kawalan walaupun selepas beberapa amaran diberi kepada beliau dan seorang lagi jurulatih yang amat rapat dengannya.

“Setakat pengetahua­n saya, dia seorang yang amat berdisipli­n dan jurulatih yang baik bagi saya. Memang benar ada ketika saya takut kepadanya, tetapi itu hanya kerana rasa hormat, bukan kerana saya takut sesuatu akan berlaku kepada saya.

“Ia sama seperti anda takut kepada guru di sekolah,” kata Jun Hoong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia