Harian Metro

Kudrat Chong Wei terus jadi taruhan

-

kita seluruh rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong

Wei

(gambar)

muncul juara siri Super Akhir di Dubai minggu lalu tidak tercapai. Segala-galanya selepas jaguh perseorang­an lelaki negara itu tumbang kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen 21-19, 19-21, 15-21 dalam aksi yang penuh dramatik.

Ramai yang memberi pujian kepada Chong Wei kerana masih mampu melangkah ke pentas final, namun ada juga yang berasa kecewa kerana dia tidak mampu menghadirk­an kemenangan.

Kekalahan itu menyaksika­n Chong Wei terlepas peluang untuk kembali menduduki ranking nombor satu dunia selepas kehilangan status berkenaan sejak Jun lalu.

Chong Wei sebelum ini sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008 di Kota Kinabalu, 2009 (Johor Bahru), 2010 (Taiwan) dan 2013 (Kuala Lumpur).

Apapun bagi saya, kejayaan mara ke pentas final sudah cukup baik untuk Chong Wei yang kita semua ketahui aksinya tidaklah begitu konsisten sepanjang tahun ini.

Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing, tetapi hanya kudrat menjadi pemisah dengan Axelsen nyata masih segar dan mampu bertahan lama di atas gelanggang. Chong Wei pula kelihatan agak bergelut di hujung permainan tetapi pada usia 35 tahun, saya fikir tiada yang seusianya mampu menyamai apa yang dilakukann­ya.

Biarpun tewas, bagi saya ia adalah petanda kebangkita­n positif untuk Chong Wei lebih-lebih lagi dalam membantu skuad negara pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia pada Februari di Alor Setar, Kedah yang juga kempen kelayakan ke Piala Thomas di Bangkok, Thailand pada Mei. Jelas sekali ‘watak’ Chong Wei cukup penting di kejohanan itu dalam usaha untuk layak secara automatik ke Bangkok.

Sebab bagi saya, kecuali Chong Wei serta gandingan beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong, barisan pemain negara lain agak cetek pengalaman sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n mereka tidak dapat mampu menyerap tekanan dengan baik. Maka untuk layak ke Bangkok, saya fikir itu bukanlah tugas yang mudah seperti dulu-dulu.

Mahu tidak mahu Malaysia perlu membariska­n pasukan terbaik di Kedah.

Chong Wei pula tidak pernah mengecewak­an apabila beraksi dalam saingan Piala Thomas kerana dia adalah penyumbang utama mata negara. Mungkin dia sedar tanggungja­wab yang diletakkan di bahunya cukup berat dan akan cuba sedaya upaya untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Karakter sebagai seorang ketua pasukan juga diperlukan menerusi Chong Wei agar pemain lain juga berasa lebih yakin untuk memenuhi sasaran layak ke Bangkok. Jumpa lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia