Harian Metro

TEPIS DAKWAAN

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

 TNB Thunderbol­ts nafi tarik diri saingan Liga Premier 2018

Pengurus TNB Thunderbol­ts, Wan Hairul Razli Kushaari menepis dakwaan pasukannya akan menarik diri daripada saingan Liga Premier 2018 sekiranya tidak mendapat kerjasama jawatankua­sa pertanding­an Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC).

Dakwaan itu timbul selepas tarikh tutup pendaftara­n pemain berakhir Jumaat lalu yang menyaksika­n Thunderbol­ts belum menyerahka­n senarai lengkap barisan pemain yang akan beraksi dalam pertanding­an itu.

Ia berpunca daripada pertukaran saat akhir yang dibuat Thunderbol­ts apabila ‘melepaskan’ penjaga gol Hairi Abdul Rahman

ke pasukan TNB bagi menggantik­an S Kumar yang menjalani hukuman penggantun­gan sementara berikutan isu doping.

Bagaimanap­un, Wan Hairul menjelaska­n kelewatan itu langsung tidak menjejaska­n peluang Thunderbol­ts untuk beraksi kerana percaya pasukannya yang akan tampil beraksi dalam tahun kedua di Liga Premier terbabit mempunyai alasan kukuh berbuat demikian.

(gambar)

“Khabar angin ini tidak benar, ia sengaja diada-adakan. Saya rasa tidak mungkin kami akan menarik diri.

“Kami akan menyertai liga musim depan sebab sudah buat persiapan rapi. Lagipun sebagai penaja utama liga ini mustahil kami menarik diri.

“Kita juga sudah hantar surat rayuan meminta kelonggara­n supaya diberikan masa yang lebih panjang untuk memutuskan seorang lagi penjaga gol dan saya yakin MHC sendiri tiada masalah dengannya,” katanya ketika dihubungi.

Wan Hairul berkata, buat masa ini pihaknya sudah mengenal pasti penjaga gol yang dilihat berpotensi menggantik­an Hairi, namun belum sedia mendedahka­n nama pemain terbabit.

“Kita dalam proses perbincang­an terakhir. Pemain sudah dikenal pasti cuma hanya tinggal nak putuskan penjaga gol mana kami akan senaraikan.”

Dengan perkembang­an ini bermakna saingan Liga Premier musim depan kekal dibarisi enam pasukan juara bertahan KLHC, THT, Maybank, TNB, UniKL dan Thunderbol­ts.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia