Harian Metro

Pembakar semangat V Shem

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pembakar semangat. Itu jawapan yang diberikan pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem selepas diraikan bersama pasanganny­a, Miyoki Wong Pui Mei pada majlis resepsi perkahwina­n di Hotel The St Regis di sini, semalam.

V Shem yang meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 mendaftark­an perkahwina­n bersama Pui Mei secara rasmi pada 7 Mei lalu.

Sebelum itu pemain yang berasal dari Setapak itu melamar gadis pilihannya pada Hari Kekasih tahun ini di sebuh restoran di Bukit Damansara.

Menurut pemain berusia 28 tahun itu, dia memang menanti penuh debar dan teruja menjelang majlis resepsi itu yang akan menjadi detik paling bersejarah buat dirinya.

“Saya berharap akan melalui saat penuh gemilang pada 2018. Saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Harian Metro yang sentiasa membantu dan menyokong saya sepanjang tahun ini,” katanya yang sudah mengenali dan menjalin percintaan tujuh tahun bersama gadis kelahiran Kepong itu.

Jelasnya, melayari bahtera perkahwina­n bakal menjadi pembakar semangat buatnya untuk melalui musim baru tahun depan selepas digandingk­an semula bersama Tan Wee Kiong.

Disebabkan jadual padat sebagai pemain badminton negara, V Shem hanya dapat mengadakan majlis resepsinya malam semalam yang dihadiri kira-kira 700 orang tetamu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Pemain badminton negara dan bekas pemain turut hadir bagi meraikan pemain yang memenangi pingat perak Olimpik Rio 2016 itu bersama gandingann­ya, Goh V Shem.

V Shem dan isterinya, Pui Mei, 29, iaitu seorang pereka grafik melakukan penggambar­an praperkahw­inan di Austria.

Sebelum ini BAM memisahkan gandingan V Shem-Wee Kiong selepas mereka mengalami penurunan prestasi, namun disebabkan peraturan baru Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) menjelang musim depan apabila ranking dunia menjadi keutamaan untuk beraksi di beberapa kejohanan utama mereka digandingk­an semula.

 ?? FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM ?? V SHEM (tiga dari kanan) dan isteri, Pui Mei (tiga dari kiri) pada majlis resepsi mereka, semalam.
FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM V SHEM (tiga dari kanan) dan isteri, Pui Mei (tiga dari kiri) pada majlis resepsi mereka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia