Harian Metro

BINTANG SHAH MENYINAR

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Soalan: Anda antara pelumba harapan negara untuk terus menyerlah di pentas antarabang­sa. Bagaimana anda (Shah Firdaus Sahrom) melihat prestasi diri sendiri sepanjang tahun ini.

Farhan Mat

Shah Alam, Selangor

Tahun 2017 saya anggap sebagai yang terbaik dicapai sebagai pelumba trek profesiona­l. Mungkin saya masih mampu mencapai emas namun saya sudah mampu mencapai kedudukan podium di pentas antarabang­sa pada tahun ini.

Saya berjaya mencapai kedudukan ketiga di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di India selain turut meraih tempat ketiga di siri Piala Dunia di Los Angeles.

Ia bukanlah pencapaian yang biasa bagi saya. Ia adalah sesuatu yang bermakna selepas berusaha keras meningkatk­an

 Pelumba trek profesiona­l negara anggap

2017 sebagai tahun gemilang buatnya

prestasi dan kayuhan.

Pada masa yang sama, saya tidak melihat kegagalan meraih emas di Sukan SEA Ogos lalu dengan terlalu kecewa. Saya meraih perak dalam acara pecut individu dan satu kilometer ujian masa.

Ia mungkin bukan rezeki saya untuk meraih emas namun perjalanan saya lebih jauh terutamany­a di pentas lebih besar.

Tahun 2018 bakal menjanjika­n cabaran yang besar kepada saya dan barisan pelumba negara yang berlatih di Melbourne di bawah kendalian John Beasley.

Saya akan menyertai ACC di Nilai, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Asia dengan tempoh masa yang hampir antara satu sama lain.

Saya mahu meraih sesuatu pada setiap kejohanan yang disertai. Saya tidak mahu terlalu yakin namun akan terjemahka­n setiap latihan yang dijalankan ke velodrom.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia