Harian Metro

SERONOK LAYAN OMBAK

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Soalan (S): Boleh anda berkongsi dengan pembaca bagaimana anda mula terdorong untuk menceburi sukan pelayaran?

Jawapan (J): Saya mula meminati sukan ini selepas melihat kejayaan yang diraih oleh kakak saya, Nor

Adriana Adlyna Mohd Nazri. Ketika itu dia beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka dalam acara (420 (B19) wanita).

Kejayaanny­a itu membuatkan saya berminat untuk mengenali sukan ini dengan lebih mendalam dan mahu mengikuti jejak langkah kakak mencipta dan mengharumk­an negara di peringkat yang lebih tinggi.

Alhamdulil­lah

Sukan pelayaran bukanlah sukan yang popular di negara ini namun ia berjaya mencuri minat anak gadis berusia 15 tahun, Nor Nabila Natasha Mohd Nazri. Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan namun dibesarkan di Langkawi, Kedah membuka peluang buat Nabila mengenali lautan.

Gelora lautan serta badai menjadikan dia gadis yang berani tatkala ramai remaja seusianya lebih gemar berada di rumah dan menikmati permainan gajet.

Langkahnya dalam sukan itu bermula apabila melihat kakaknya berjaya mengukir nama di Sukan Malaysia (SUKMA) seterusnya menyumbang­kan emas kepada negara di Sukan SEA Singapura.

Justeru Nabila berasakan dia juga mampu berjaya seperti kakaknya. Ikuti temu bual pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kelibang Langkawi mengenai masa depannya.

saya sekarang ini berjaya mengulangi pencapaian kakak di Sukan SEA Singapura apabila meraih emas di Sukan SEA Kuala Lumpur dalam acara optimis.

Saya juga berharap langkah saya dalam sukan ini berterusan dan tidak terhenti setakat ini saja kerana impian saya mahu melangkah jauh ke hadapan menakluk lautan.

S: Bermain dengan lautan bukan mudah dan ada ketikanya anda akan dibadai ombak yang sukar untuk dibaca. Justeru mengapa anda

memilih sukan ini berbanding sukan lain?

J: Dalam sukan pelayaran, semua itu adalah cabaran. Ia akan menjadikan kita lebih bijak untuk mengawal keadaan dan membaca tiupan angin.

Bagi saya pelayaran mampu untuk membawa saya pergi lebih jauh lagi berbanding kakak saya. Itulah impian saya selain melakarkan nama di peringkat tertinggi.

Saya juga tidak mahu mengalah dan apa yang saya peroleh ketika ini masih belum cukup dan saya yakin saya mampu bersaing dan

memberi cabaran.

S: Jika begitu apa sasaran anda di masa hadapan terutama selepas raih emas di Sukan SEA Kuala Lumpur ? J: Antara sebab lain mengapa saya memilih sukan ini adalah kerana ia juga dipertandi­ngkan di Olimpik. Itulah impian saya. Saya mahu mewakili negara sehingga ke Olimpik, temasya sukan terbesar.

Saya tahu ia bukan satu yang mustahil kerana ketika di Olimpik Rio, kita sudah mempunyai dua orang wakil jadi saya mahu menjadi atlet seterusnya ke temasya terbesar itu.

S: Siapakah idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilih beliau sebagai idola anda?

J: Idola saya adalah Marit Bouwmeeste­r dari Belanda. Dia seorang pelayar yang hebat dan memiliki kepantasan malah juga seorang yang kental.

Beraksi dalam kategori Laser Radial dia berjaya menukar pingat perak ketika di Olimpik London kepada emas di temasya Olimpik Rio.

Semangatny­a begitu luar biasa dan tidak pernah mengenal erti putus asa.

Saya berharap saya mampu menjadi sehebat sepertinya satu hari nanti.

S: Bergelar seorang atlet banyak masa akan dihabiskan dengan latihan pada sesi pagi dan petang. Jadi sekiranya anda mempunyai masa lapang apakah aktiviti yang anda lakukan?

J: Cara saya beriadah dan mengisi masa lapang adalah dengan mengayuh basikal dan menikmati pemandanga­n di sekeliling.

Biarpun masa saya banyak dihabiskan di lautan, saya sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan laut sebab saya juga suka mandi laut.

 Marit jadi idola Nor Nabila, tekad beraksi di Sukan Olimpik

 ??  ?? NOR Nabila mempamerka­n pingat emas yang dimenangin­ya pada Sukan SEA lalu.
NOR Nabila (kiri) bersama rakan sepasukan Nurul Shazwanie Mohd Saad ketika beraksi dalam saingan peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2017.
NOR Nabila mempamerka­n pingat emas yang dimenangin­ya pada Sukan SEA lalu. NOR Nabila (kiri) bersama rakan sepasukan Nurul Shazwanie Mohd Saad ketika beraksi dalam saingan peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2017.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia