Harian Metro

USAHA SENDIRI

- AFP

 Woods umum berpisah dengan jurulatih hayunan

Tiger Woods harus berdiri atas usaha sendiri pada kemunculan semulanya tahun depan tanpa bantuan jurulatih hayunan.

Woods mengumumka­n di laman Twitter yang dirinya sudah pun berpisah dengan Chris Como - yang mula bersamanya sejak November 2014 dan tidak mempunyai sebarang perancanga­n untuk menggantik­an tempat kosong itu dalam masa terdekat.

“Sejak pembedahan, saya berusaha dengan begitu gigih untuk mengenali semula tubuh badan dan juga hayunan,” kata juara kejuaraan utama 14 kali itu.

“Saya dapat mengharung­i perkara ini dengan perasaan saya sendiri dan juga usaha keras selama ini bersama Chris.

“Buat masa ini, saya fikir adalah bagus sekiranya saya meneruskan usaha ini secara sendiri. Saya berterima kasih kepada Chris Como kerana tugasannya selama ini dan saya tidak mempunyai apa-apa selain menghormat­inya.”

Kerjaya Woods sudah pun terganggu dengan kecederaan ketika mula bersama Como dan dia sudah menyertai 12 Jelajah PGA Amerika Syarikat sejak itu.

(gambar)

Dia terlepas semua kejohanan musim 2015-16 dan selepas melakukan pembedahan lanjutan pada April, dia kembali membuat kemunculan semula di Cabaran Dunia Hero di Bahamas pada November lalu - kejohanan pertamanya dalam tempoh 10 bulan.

Woods yang menyatakan dirinya dapat beraksi tanpa sebarang kesakitan sebelum ini, menamatkan saingan di kedudukan kesembilan di lapangan 18 lubang itu.

Prestasi Woods di Bahamas secara tidak langsung mengujakan rakannya di siri jelajah yang tidak sabar untuk melihat dirinya beraksi, namun hingga hari ini masih belum mengumumka­n jadualnya untuk musim 2018. Madrid: Sevilla memecat jurulatihn­ya, Eduardo Berizzo hanya sebulan selepas mengumumka­n warga Argentina itu menderita barah prostat, kata kelab berkenaan dengan memberi alasan pencapaian buruk pasukan.

“Lembaga Sevilla mengambil keputusan memecat jurulatih pasukan utama kerana prestasi buruk pasukan,” kata Sevilla dalam kenyataan tanpa merujuk kepada penyakit Berizzo.

Khabar mengenai keadaan kesihatan Berizzo itu sebelumnya diumumkan sejam selepas Sevilla bangkit daripada ketinggala­n 0-3 kepada Liverpool untuk menjadikan kedudukan 3-3, sekali gus membantu mereka mara saingan kedudukan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara dan bakal bertemu Manchester United.

Bekas pemain antarabang­sa Argentina itu kemudian terlepas empat perlawanan ketika dia menjalani pembedahan barah. Tempatnya akan diambil alih pembantuny­a, Ernesto Marcucci.

Perlawanan terakhir Marcucci ketika dibelasah Real Madrid, 0-5, namun kepulangan Berizzo ke bangku simpanan selepas itu gagal meningkatk­an inspirasi apabila pasukannya hanya mampu melakar keputusan 0-0 menentang Levante, sebelum tewas 1-3 kepada Real Sociedad pada Khamis lalu. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia