Harian Metro

Wenger puji persembaha­n anak buah

-

London: Arsene Wenger memuji barisan anak buahnya selepas meraih keputusan 3-3 dengan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, semalam.

The Gunners bangkit di babak kedua selepas ketinggala­n kepada lawannya itu yang mempamerka­n corak permainan serangan pada perlawanan amat mendebarka­n buat penyokong bola sepak di seluruh dunia itu.

Philippe Coutinho dan Mohamed Salah pada awalnya meletakkan Liverpool di hadapan, namun tiga gol dalam tempoh lima minit di babak kedua menerusi Alexis Sanchez, Granit Xhaka dan Mesut Ozil, dianggap sesuatu yang luar biasa.

Roberto Firmino berjaya meledak gol penyamaan bagi menjamin satu mata tetap menjadi milik Liverpool.

Perlawanan di Stadium Emirates itu juga secara tidak langsung memberi bayangan kepada kerapuhan pertahanan kedua-dua pasukan, namun Wenger menegaskan beliau gembira kerana menjadi sebahagian daripada perlawanan yang tidak dapat dilupakan itu.

“Ia satu perlawanan yang mendebarka­n. Saya kecewa kerana tidak dapat meraih kemenangan tetapi itu adalah jenis permainan yang kamu mahukan dalam Liga Perdana Inggeris,” kata Wenger.

“Lebih-lebih lagi kepada yang meminati bola sepak, pujian harus diberikan kepada tindakan kreatif. Sekiranya tidak ada percubaan jaringan, pertahanan akan tampak baik tetapi ia bukanlah sesuatu yang peminat mahu lihat.”

Wenger dalam pada itu mengakui yang Arsenal jelas hambar pada babak pertama namun beliau kagum dengan corak kebangkita­n dipamerkan pada baki separuh masa selepas itu.

“Kami bermain dengan kebimbanga­n dan tidak berada di tahap sebenar pada babak pertama. Mungkin apabila kamu mahu bersedia untuk satu perlawanan, kamu inginkan pemain bersedia tetapi kamu membuatkan lawan terlalu dihormati,” kata Wenger.

“Pada babak kedua, kami bermain di tahap sebenarnya. Secara keseluruha­nnya, perkara positif yang dilakukan ialah kami tidak menyerah kalah.

“Semangat jelas luar biasa. Disebabkan itu, saya berbangga dengan pemain. Ia menunjukka­n mentaliti yang kuat. Kami mempunyai kebolehan untuk melakukan tindak balas.

“Apa yang dimahukan daripada pasukan ialah kesedaran di mana kami harus memulakan permainan daripada minit pertama lagi.” - AFP

 ??  ?? PEMAIN tengah Liverpool Mohamed Salah (dua dari kiri) meraikan gol kedua Liverpool bersama rakan ketika menentang Arsenal.
PEMAIN tengah Liverpool Mohamed Salah (dua dari kiri) meraikan gol kedua Liverpool bersama rakan ketika menentang Arsenal.
 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia