Harian Metro

Milner gesa Liverpool pamer aksi bosan

-

London: James Milner menggesa Liverpool supaya beraksi ‘lebih membosanka­n’ selepas mereka meranapkan pendahulua­n dua gol ketika melakar keputusan 3-3 dengan Arsenal, semalam.

Milner bersama rakan sepasukan mendahului permainan menerusi jaringan Philippe Coutinho dan Mohamed Salah pada malam pra Krismas di Stadium Emirates, di sini.

Namun mereka seakan alpa di babak kedua apabila Arsenal bangkit meledak tiga gol dalam tempoh lima minit menerusi Alexis Sanchez, Granit Xhaka dan Mesut Ozil sekali gus meletakkan pasukan tuan rumah berada di depan.

Jaringan Roberto Firmino menyamakan kedudukan permainan dan menjamin satu mata buat pelawat, namun pemain tengah The Reds, Milner mengakui betapa pasukan kendalian Jurgen Klopp seharusnya tidak terlalu bersandark­an kepada corak serangan semata-mata.

“Apabila kamu berada di posisi seperti itu pada peringkat ketika ini, kamu harus mendapatka­n keputusan. Kami harus menjadi lebih membosanka­n,” kata Milner.

“Ada masanya dalam perlawanan di mana kamu perlu lebih kukuh dan tidak melakukan sebarang kesilapan seperti itu dalam tempoh lima minit.

“Semua jaringan itu adalah berdasarka­n kesalahan kami sendiri dan itu perlu dijadikan pengajaran. Kami bermain dengan corak serangan yang bagus dan mungkin kadangkala kami perlu menukarnya untuk tempoh lima ataupun 10 minit.

“Kami perlu bermain dengan lebih kukuh lagi dan menyimpan bola lebih lama berbanding hanya terus mencuba untuk memecahkan kubu lawan.” - AFP

 ??  ?? MILNER (kiri) melepasi pertahanan Arsenal.
MILNER (kiri) melepasi pertahanan Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia