Harian Metro

GANDINGAN HEBAT

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

 Abdul Latiff yakin gandingan trio jurulatih mampu julang TFC I

Pemain tengah Terengganu FC I (TFC I), Abdul Latiff Suhaimi yakin adunan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, Mohamad Nik dan Kamaruddin Anuar mampu membentuk pasukan yang lebih mantap musim depan.

Bekas pemain kebangsaan itu juga mengakui trio jurulatih itu mempunyai strategi dan taktikal berkualiti yang boleh dipelajari pemain dalam mengharung­i kancah Liga Malaysia (Liga M) 2018.

“Tiga pengendali itu macam adik-beradik dan pernah membentuk gandingan berkualiti ketika mengendali skuad FELDA United pada 2014 hingga 2016, sehingga menempa beberapa kejayaan.

“Justeru, saya berkeyakin­an trio berpengala­man itu pasti meletup bersama TFC I. Ini ditambah pula dengan kehadiran jurulatih Nafuzi Zain,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Berdasarka­n rekod, tiga jurulatih itu pernah membawa FELDA United muncul naib juara Liga Perdana dan naib juara Piala FA pada 2014, selain beraksi dalam Liga Super 2015 dan naib juara Liga Super 2016.

Pada akhir November lalu, Mohamad Nik kembali menyertai kem pasukan TFC I selepas empat tahun berkelana membimbing skuad FELDA United biarpun khidmatnya diperlukan skuad berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Latiff yang terus setia bersama skuad Penyu biarpun mendapat tawaran daripada empat pasukan lain mengakui saingan Liga Super musim 2018 lebih mencabar biarpun pernah beraksi dalam liga utama itu ketika menyarung jersi FELDA United.

“Sebagai pasukan pendatang baru Liga Super musim depan sudah pasti kami mahu menjadi antara pencabar terkuat apatah lagi dengan penambahan kuota pemain import.

“Justeru, kini kami tidak boleh ambil ringan ketika latihan sebaliknya perlu berusaha lebih keras dan fokus dalam misi untuk mendakap satu trofi kejuaraan,” katanya yang pernah memakai lilitan sebagai kapten musim ini.

 ??  ?? ABDUL Latiff (kanan) pada aksi Piala Malaysia, baru-baru ini.
ABDUL Latiff (kanan) pada aksi Piala Malaysia, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia