Harian Metro

Tekad tingkat mutu pengadilan

-

Petaling Jaya: Pengadil kebangsaan, Suhaimi Mat Hassan dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik 2017 pada majlis makan malam pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini, kelmarin.

Pengadil berusia 41 tahun dari Kelantan itu menyifatka­n segala usaha dan penat lelahnya selama berbakti dalam dunia bola sepak sebagai pengadil berbaloi.

Beliau berkata pengiktira­fan itu membakar semangatny­a untuk lebih berusaha bagi meningkatk­an mutu pengadilan, seterusnya berharap ia akan menyumbang kepada usaha FAM dalam mengangkat martabat bola sepak negara.

“Ini adalah hari terbaik dan bersejarah dalam hidup saya dan sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai Pengadil Terbaik 2017. Saya bersyukur kerana usaha saya selama ini dan sepanjang 2017 akhirnya membuahkan hasil.

“Saya akan terus berusaha untuk meningkatk­an lagi mutu pengadilan serta belajar kerana proses pembelajar­an dalam bidang pengadilan tidak akan berakhir. Saya berazam untuk terus menunjukka­n prestasi terbaik,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, pengadil dari Perak Mohamad Faizudin Ismail dipilih sebagai Pengadil Lelaki Berpotensi 2017 sementara anugerah Pengadil Wanita Berpotensi 2017 dimenangi Nurul Ain Izzaty Zainal dari Negeri Sembilan.

Majlis makan malam itu adalah bagi meraikan warga pengadil FAM membabitka­n pengadil, penilai pengadil serta bekas pengadil dan pemimpin pengadil. - BERNAMA

 ??  ?? SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyampaik­an anugerah kepada Suhaimi (kanan).
SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyampaik­an anugerah kepada Suhaimi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia