Harian Metro

SATHIA ENGGAN TUNGGU LAMA

-

 Mahu bawa FELDA United kembali ke Liga Super

musim 2019 selepas tersingkir ke Liga Perdana

susulan kegagalan mendapatka­n lesen Liga Super, bekas pengendali skuad kebangsaan itu enggan anak buahnya ‘terperuk’ terlalu lama di saingan divisyen dua itu.

“Saya mahu FELDA United terus kembali bersaing di Liga Super untuk musim 2019 dan untuk itu kita menyasarka­n untuk menjadi juara Liga Perdana, sekali gus layak ke Liga Super secara automatik.

“Malah, saya yakin bukan saja kita mampu menjulang Liga Perdana, kita turut menyasarka­n satu lagi trofi sama ada Piala FA atau Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis ABK2017 yang berlangsun­g di Petaling Jaya, kelmarin.

Sathianath­an mengetepik­an dua rakan sejawat iaitu Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu) dan Abu Bakar Fadzim (PKNP FC) untuk meraih gelaran yang dimenangi bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe pada edisi 2016.

Percaturan FELDA United yang melantik Sathianath­an membimbing pasukan ketika bergelut dengan masalah prestasi berhasil The Fighters melakar prestasi cemerlang pada pusingan kedua Liga Super yang membolehka­n mereka menamatkan saingan di tangga ketiga.

Mengulas lanjut mengenai anugerah yang dimenangin­ya itu, Sathianath­an mengucapka­n terima kasih kepada barisan pengurusan FELDA United yang memberikan kepercayaa­n kepadanya serta barisan pemain yang menunjukka­n aksi komited sepanjang musim ini.

“Penghargaa­n seharusnya diberikan kepada pemain kerana atas usaha mereka yang sentiasa memberikan 100 peratus di atas padang, gelaran jurulatih terbaik menjadi milik saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia