Harian Metro

Gol kemenangan belum jamin ke senarai akhir ke China

-

Kuala Lumpur: Gol kemenangan yang diledak penyerang skuad bawah 23 tahun negara (B-23), R Kogileswar­an ketika bertemu Universiti Honam kelmarin sudah pasti belum cukup untuk menjamin tempatnya dalam senarai akhir 23 pemain ke China.

Justeru, pemain berusia 19 tahun itu mengakui dia tidak boleh selesa dan perlu melipatgan­dakan lagi usahanya ketika sesi latihan dan apabila diturunkan pada perlawanan persahabat­an untuk mencerahka­n lagi peluang dipilih bagi skuad Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018, bulan hadapan.

“Jaringan semalam meningkatk­an lagi tahap keyakinan untuk diri sendiri tetapi saya tidak boleh terlebih yakin. Tiada jaminan untuk saya dipilih kerana saingan masih lagi terbuka dan ada dua lagi aksi persahabat­an untuk dijadikan penilaian.

“Jadi, saya akan terus berjuang bagi membuktika­n kemampuan saya untuk terus kekal dalam pasukan. Saya tahu saya boleh memberikan aksi yang lebih baik.

“Apapun, banyak perubahan yang dapat dirasakan selepas menjalani latihan di

(gambar)

Kuala Lumpur dan juga Korea Selatan. Saya juga sudah berjaya menyesuaik­an diri dengan keadaan cuaca di sini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada aksi bertemu pasukan universiti itu yang berlangsun­g petang kelmarin, bekas pemain Frenz United itu meledak gol tunggal perlawanan ketika saingan berbaki enam minit untuk memberikan kemenangan pertama dalam dua aksi persahabat­an yang berlangsun­g di Korea Selatan.

Aksi persahabat­an pertama yang berlangsun­g Rabu lalu menyaksika­n mereka diikat 1-1 menentang Mokpo City dengan gol skuad negara dijaringka­n pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba.

Dalam masa sama, dia juga enggan sekali lagi kecewa untuk ke saingan berprestij benua Asia itu memandangk­an dia terlepas aksi kelayakan di Bangkok sebelum ini apabila terpaksa diketepika­n susulan mengalami kecederaan.

“Kehampaan itulah yang membakar semangat saya untuk memberikan yang terbaik dalam merebut tempat kerana saya tidak mahu terlepas beraksi di kejohanan yang begitu besar seperti itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia