Harian Metro

Awas pembuli siber

-

Pelbagai kejadian buli kita dengar akhir-akhir ini termasuk di sekolah yang menjadi tempat anak-anak menimba ilmu. Pelajar senior membuli pelajar baru sudah biasa kita dengar hingga ada membabitka­n kematian.

Dunia terbuka luas dalam alam maya juga mengundang gejala tidak sihat ini apabila ramai pembuli siber sekarang.

Kini isu buli siber terhadap media juga makin menjadi-jadi membabitka­n peminat fanatik artis dan juga artis itu sendiri hingga ia menjadi agenda utama kepimpinan baru Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang dilantik untuk penggal 2017-2020, Selasa lalu.

Presidenny­a, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dalam ucapannya selepas mempertaha­nkan jawatan itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) berkata, sudah tiba masanya WHAM menggerakk­an usaha bagi menangani isu ini.

Tengku Khalidah yang juga Editor Hiburan Mingguan Malaysia berkata, kerjaya wartawan hiburan semakin mencabar dengan adanya pembuli siber dan artis seolah-olah tidak lagi menganggap media memberi kepentinga­n kepada kerjaya mereka.

“Peminat fanatik artis dan juga artis sendiri semakin lantang membuli media dengan kata-kata kesat yang keterlalua­n.

“WHAM akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia untuk membawa mereka ke muka pengadilan.

“Sudah tiba masanya kita bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani isu buli siber dalam kalangan netizen ketika ini.

“Saya mahu ingatkan kepada sesiapa saja, tidak sukar untuk menjejaki pembuli ini dan kita akan bertindak untuk memberi pengajaran kepada mereka,” katanya.

Dalam AGM itu, tiga lagi jawatan utama berjaya dipertahan­kan iaitu Timbalan Presiden, Editor Hiburan mStar Online, Niezam Abdullah, Penolong Pengarang Hiburan, Utusan Malaysia, Nor Asikin Hassan (Setiausaha) dan wartawan BH, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bendahari).

Editor Hiburan Online Harian Metro, Hartati Hassan Basri kekal dalam senarai ahli jawatankua­sa manakala Editor Hiburan Berita Harian, Shamsul Azree Shamshir dipilih sebagai Ketua Penerangan.

 ??  ?? TENGKU Khalidah (tiga dari kiri) bersama barisan AJK WHAM untuk penggal 2017/2020.
TENGKU Khalidah (tiga dari kiri) bersama barisan AJK WHAM untuk penggal 2017/2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia