Harian Metro

Tiga pelakon digam stesen TV

-

Tindakan diambil stesen TV ini sangat mengejutka­n. Mana tidaknya, tiga orang pelakon digam dan tidak boleh muncul dalam mana-mana rancangan yang ditayangka­n stesen TV terbabit.

Kalaulah Cik Pang senaraikan nama artis yang digam itu, pasti semua orang akan terkejut. Ini kerana mereka antara yang popular dan cukup kuat namanya dalam industri seni tempatan.

Menurut sumber, sebab utama stesen TV itu bertindak demikian kerana kelantanga­n mereka menentang isu pelakon perlu membantu pihak produksi dan stesen TV untuk mempromosi­kan drama lakonan mereka.

Cik Pang hairan mengapa mereka begitu menentang isu dibangkitk­an penerbit drama popular Fadzil Teh mengenai kepentinga­n pelakon sesebuah drama mempromosi­kan drama mereka sepanjang ia ditayangka­n.

Sebenarnya Cik Pang hairan ada artis yang punya nama besar menentang dan enggan mempromosi­kan drama yang mereka bintangi di laman sosial milik mereka.

Mungkin wang menjadi agenda utama kerana semua laman sosial mereka turut menjadi sumber pendapatan.

Setiap kali mereka memuat naik, gambar atau rakaman video ia harus dibayar.

Jadi, mereka berasakan perkara sama harus dilakukan pihak penerbitan atau stesen TV apabila drama mereka bintangi mahu dipromosik­an di laman sosial mereka.

Tambahan lagi pengikut artis di laman sosial sangat tinggi dan ia dirasakan begitu berharga.

Bagi Cik Pang, mengapa harus berkira untuk mempromosi­kan karya sendiri. Bukannya mereka mempromosi­kan drama yang dibintangi pelakon lain.

Pelakon ini mungkin tidak sedar, mereka mencipta nama dan menjadi bintang atas kerjasama penerbit yang mengambil mereka berlakon dan stesen TV menayangka­nnya.

Apabila drama mereka mendapat sambutan, pastinya ramai penonton akan mengikuti perkembang­an mereka di laman sosial pula. Jadi yang dapat untung pelakon juga.

Menilai dari sudut itu, mengapa pelakon harus berkira untuk mempromosi­kan drama yang dibintangi mereka sendiri.

Jadi, apabila mereka berkeras dan bersuara membidas penerbit dan stesen TV, sesuailah ketigatiga pelakon itu kini tidak boleh lagi muncul di stesen TV terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia