Harian Metro

Sufi sedia nikah tahun depan

-

Hubungan cinta antara juara Akademi Fantasia 2015, Sufie dengan teman wanitanya yang juga seorang pramugari bukan lagi rahsia.

Sufie sendiri bersikap terbuka mengenainy­a apabila ada yang bertanya.

Tidak dinafikan dia mengakui kini sudah mempunyai kekasih hati, ramai pula yang bertanya bila pula Sufie mahu mengakhiri zaman bujang?

Bercakap mengenai perkara ini, terbaru teman Cik Pang berkongsi yang Sufie merancang untuk bernikah tahun depan tetapi tarikh belum lagi ditetapkan.

Kata teman Cik Pang lagi, Sufie turut menegaskan, bagaimana pun dia dan kekasihnya yang berasal dari Negeri Sembilan itu menyerahka­n segalagala­nya kepada jodoh.

Mendengar cerita

Sufie, teman Cik Pang itu menjelaska­n dia nampak jejaka dari Singapura itu seperti tidak sabar untuk bernikah.

Tambah teman Cik

Pang lagi, menerusi cerita yang disampaika­n Sufie, penyanyi berusia 26 tahun itu yakin walaupun dia sudah bernikah nanti peminat tetap akan setia bersamanya.

Sufie juga bercerita yang dia dan kekasihnya itu tidak mahu bertunang sebaliknya mahu terus bernikah.

Cik Pang sokong saja keputusan yang mahu diambil Sufie. Apa yang penting dia memilih ke jalan yang lebih baik. Percayalah orang yang membina ‘masjid’ ini rezekinya akan diperluask­an Allah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia