Harian Metro

PROGRAM MENARIK KRISMAS

-

Kemuncak

siaran rancangan

hiburan bersama Jaclyn Victor mulai 9.30

malam

Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan Hari

Natal yang disambut semua penganut Kristian dengan tayangan empat program menarik sepanjang hari oada 25 Disember ini.

Variasi pilihan program ditawarkan kepada penonton saluran TV2 (102) ini pasti membuka ruang kepada orang ramai berhibur dan pada masa sama, menerima mesej kebaikan yang disampaika­n menerusi program dijanjikan.

Sepanjang 25 Disember, bermula jam 2 petang, saksikan tayangan filem It’s Christmas Carol! diikuti program muzikal A Wonderful Christmas pada jam 5 petang dan Jaclyn Victor True Meaning of Christmas Special ditayangka­n pada jam

9.30 malam. Pada jam 11 malam pula, TV2 akan menayangka­n 20th Miss Tourism Internatio­nal 2017 World Final.

Filem It’s Christmas Carol! lakonan Olivia Cheng, Carrie Fisher, Emmanuelle Vaugier dan Tugh Runyan memaparkan kisah ketua eksekutif syarikat percetakan yang hanya mementingk­an karier dan kejayaan syarikatny­a. Beliau mengejar kejayaan sehingga menjadi seorang yang terlalu tegas, tidak bertolak ansur, tidak mengamal toleransi serta tidak memikirkan perasaan kakitangan­nya. Selain mengabaika­n ibunya, dia juga meninggalk­an kekasihnya.

Dia hidup berseorang­an dan kehidupann­ya sunyi tetapi tidak mahu mengakui hakikat itu. Bekas ketua pejabatnya, seorang wanita, muncul semula dalam hidupnya sebagai hantu tetapi dalam bentuk manusia biasa dan membolehka­n dia melihat semula kehidupan masa lampaunya dan masa akan datang.

Akhirnya dia menyedari kesilapan dan membentuk semula kehidupann­ya supaya lebih bermakna dan bahagia.

Berhibur dengan program muzikal ‘A Wonderful Christmas’ yang menampilka­n barisan artis tempatan dengan persembaha­n rangkaian lagu mempesonak­an. Rancangan hiburan ini disampaika­n Michael Xavier dan Cheryl

Ong. Mereka memberi penerangan mengenai makna perayaan Krismas dan kenapa ia disambut pada 25 Disember setiap tahun. Ini disusuli dengan lagu Karol Krismas oleh kumpulan nyanyian lelaki dan wanita.

Russel Curtis, peserta dalam rancangan ini menceritak­an kerja amal dilakukann­ya ketika Krismas dan mendendang­kan lagu berjudul ‘Remember’, orang ramai yang terdiri daripada Henderson, Olivia, Aaron, keluarga Raj, Gayathiri, Aphelia, Xavier dan isterinya mengucapka­n selamat Hari Krismas kepada penonton.

Satu kumpulan penari lelaki dan wanita Portugis daripada Melaka yang memakai baju tradisiona­l mempersemb­ahkan lagu berjudul ‘Acapella’ dan menari mengikut irama lagu itu di perkaranga­n perkampung­an Portugis Melaka. Rancangan berakhir dengan pengacara dan peserta menyampaik­an lagu ‘Christmas In The Sun dan Belle Of The Ball’.

Diikuti program terbitan Unit Hiburan TV RTM berjudul ‘Jaclyn Victor True Meaning Of Christmas Special’ menampilka­n barisan artis tempatan dengan persembaha­n rangkaian lagu mempesonak­an.

Pada lewat malamnya saksikan pertanding­an ‘20th Miss Tourism Internatio­nal 2017 World Final’ yang berlangsun­g di Sunway Hotel &

Resort. Pertanding­an ini menobatkan peserta dari Filipina, Jannie Loudette Alipoon sebagai Miss Tourism Internatio­nal 2017.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia