Harian Metro

Penyertaan dari negara jiran

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Islamik Tahfiz Muda

terima peserta berusia lima tahun dari Indonesia

Tidak hanya menyasarka­n kanak-kanak, program realiti Islamik Tahfiz

Muda turut menggalakk­an semua umat Islam untuk sama-sama mendalami ilmu agama menerusi pertanding­an membabitka­n 12 peserta itu.

Memulakan episod pertama bagi musim kedua pada 14 Disember lalu, kali ini pentas itu tidak hanya dibuka kepada warganegar­a Malaysia tetapi turut mengalu-alukan penyertaan dari negara jiran Asia Tenggara.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Ustaz Ahmad Fuad Mat Ali berkata, pihaknya masih mengekalka­n syarat penyertaan iaitu khas untuk peserta berusia lima hingga 12 tahun.

“Kali ini ia disertai dua peserta dari Indonesia dan seorang baru berusia lima tahun dan dia menepati kualiti yang kami inginkan,” katanya.

Bertemakan Quranku, Sahabatku, Tahfiz

Muda musim kedua mengekalka­n juri yang sama sejak musim pertama iaitu Pencetus Ummah (PU) Muhamad Hafiz Mohd Haneefa dan Ustaz Don Danial Don Biyajid sebagai Hakim Munibbah (Hafazan), Ustazah Sharifah

Khasif Fadzillah Syed Badiuzzama­n sebagai Hakim Tilawah dan Taranum serta Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin sebagai Hakim

Tajwid.

Peserta Tahfiz Muda juga akan berdepan cabaran dan tema berbeza setiap minggu termasuk menghafal surah yang terkandung dalam juzuk ke-30

(Juz Amma) dan surah pilihan yang akan dinilai dari segi kelancaran hafazan, ketepatan tajwid, kreativiti bacaan (tarannum), ketrampila­n dan personalit­i, pengetahua­n asas fardu ain serta idea kreatif persembaha­n.

“Peserta paling muda tahun ini berusia lima tahun. Mungkin ada yang cakap tidak adil apabila dia harus bertanding dengan kanak-kanak berusia 11 tahun.

“Tetapi, ketika uji bakat diadakan yang membezakan itu cuma komunikasi. Dari segi hafazan, dia tetap memberikan saingan yang sengit. Bagi saya, faktor umur bukan satu masalah

 ??  ?? PESERTA lelaki
Tahfiz Muda.
PESERTA lelaki Tahfiz Muda.
 ??  ?? Peserta perempuan Tahfiz Muda.
Peserta perempuan Tahfiz Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia