Harian Metro

TELITI DALAM SETIAP BABAK AKSI

-

Walaupun untuk babak aksi filem KL Wangan, Pekin menyerahka­n kepada Donny untuk dilaksanak­an, tetapi sebagai pengarah, Pekin harus juga memberikan tumpuannya.

Menurut Donny, dia masih berpegang pada apa yang dimahukan pengarah.

“Menerusi kehendakny­a, saya akan merangka bagaimana ia harus dilakukan. Apapun sebagai pengarah keseluruha­n, Pekin masih bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan,” katanya.

Bercerita mengenai pengalaman­nya bekerja dengan Pekin, Donny berkata, tugasnya menjadi mudah kerana Pekin senang menerima idea yang diberikan.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan segala proses untuk babak aksi menjadi lancar.

“Memang sudah menjadi disiplin kerja, saya harus memastikan persiapan dilakukan dengan begitu teliti. Seperkara lagi yang perlu diingat apabila kita menghasilk­an babak aksi ia turut membabitka­n nyawa pelakon.

“Disebabkan itu sesi latihan sangat penting supaya semua pelakon faham dan tahu kedudukan aksi yang mahu dilakukan. Ia juga bagi mengelakka­n berlaku kecederaan dan kehilangan nyawa. Sesi latihan yang intensif akan membuatkan berjalan lancar apabila ia laksanakan di lokasi,” katanya.

Menurut Donny, apabila sesi latihan dilakukan lebih awal dan teliti, semua yang terbabit sudah tahu pergerakan teknikal yang mahu dilakukan seperti posisi kamera dan pergerakan­nya.

Ia akan memudahkan pengarah dan juga tenaga kerja teknikal.

Katanya, apabila dia menonton karya dihasilkan Pekin, sebagai pelakon berpengala­man dia berpuas hati terutama membabitka­n aksi perlumbaan kereta.

“Sebagai pengarah,

Pekin berjaya membuatkan penonton dapat merasakan debaran setiap aksi yang ada dalam KL Wangan, ibaratnya kita berada dalam kereta yang sedang berlumba itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia