Harian Metro

Hafiz seronok bercucuk tanam

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Sudah dapat hasil pertanian ‘Kratky method’ seperti kangkung, kailan, bayam, terung

Biarpun zaman berubah, pepatah berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya jangan sesekali dilupakan. Apatah lagi, buat warga kota yang perlu berhadapan dengan kos sara hidup yang makin meningkat.

Malah, bukan alasan juga hidup di bandar tidak membolehka­n aktiviti bercucuk tanam dibuat kerana tiada tanah.

Apa yang pasti, penyanyi Hafiz Suip, 27, sudah membuktika­n dia mampu melakukan di kawasan kediamanny­a.

Menetap bersama keluarga mentua di rumah teres tiga tingkat di Subang Jaya, Selangor, Hafiz kini makin seronok bercucuk tanam.

Berkunjung ke rumahnya baru-baru ini, ternyata suasana persekitar­an yang hijau sangat tenang dan mendamaika­n.

Hafiz ketika ditemui berkata, selama dua tahun sepi seketika daripada karier nyanyian, dia ambil peluang menerokai keindahan alam.

“Antara aktiviti saya ialah bercucuk tanam dan memancing ikan.

“Di rumah, memang saya seronok habiskan masa bercucuk tanam apatah lagi dengan cara penanaman dikenali ‘Kratky method’,” katanya.

Hafiz berkata, maklumat kaedah penanaman itu diperoleh daripada pengurusny­a, Zali yang berkongsi minat sama.

“Abang Zali yang perkenalka­n saya cara penanaman ‘Kratky method’ ini yang sangat mudah bagi penduduk di kawasan bandar.

“Maklumlah, kebanyakan kawasan kediaman di bandar memang tidak ada tanah untuk aktiviti bercucuk tanam.

“Apapun, itu tidak seharusnya dijadikan alasan dan ia sudah kami buktikan dengan cara penanaman ‘Kratky method’.

“Setakat ini saya dan keluarga sudah beberapa kali dapat makan hasil tanaman dilakukan,” katanya.

Menurut Hafiz, antara sayur-sayuran yang sudah dinikmati hasilnya ialah kangkung, kailan, bayam, tomato dan terung.

“Sekarang, saya menunggu hasil untuk tanaman tembikai susu pula. Namun, ia ambil masa tiga hingga empat bulan.

“Apa yang pasti, bercucuk tanam sendiri ini sangat membantu mengurangk­an perbelanja­an barangan dapur.

“Selain itu, sayursayur­an ditanam itu lebih

 ??  ??
 ??  ?? RUANG tepi dinding yang dihias dengan gitar.
RUANG tepi dinding yang dihias dengan gitar.
 ??  ?? ANTARA barangan keperluan utama seorang kaki pancing.
ANTARA barangan keperluan utama seorang kaki pancing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia